Wednesday, December 12, 2012

keinginan mempelajari sesuatu yang baru



Assalamualaikum. Hari ni puteri alam fantasi nak berceloteh pasal nak belajar sesuatu yang baru yang tak pernah buat lagi sebelum ni.(wah..berkobar-kobar)...

Firstly, rasa nak sangat belajar main gitar sampai mahir mandendangkan sebuah lagu…rasa nak belajar main gitar ni sebenarnya dah lama, start tengok yuna perfome atas stage dengan gitar…rasa tu timbul dan terfikir, kalau lelaki boleh main gitar kenapa perempuan tak boleh main,. Dari situ timbul satu semangat nak ada sebuah gitar untuk diri sendiri, dan belajar main dengan orang yang mahir.. mungkin suatu hari nanti. Insyaallah, cik atin mesti boleh..majulah fatin untuk negara.. chewah,kemain lagi semangat yang berkobar-kobar..haha, sekali sekala x salahkan?.. huhuhu


Secondly, nak mempelajari bahasa Mandarin, bahasa Korea dan tulisan Hangul.. why not? Itu satu kelebihan bagi seseorang yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai jenis bahasa. Kalau interview sesuatu kerja mungkin peluang yang cerah untuk mandapatkan jawatan tersebut. Dan lagi satu, kalau pergi negara dorang taklah kena tipu dengan orang asal negara tu,.haha, pandai tak..kihkihkih


Thirdly, nak belajar menjahit baju kurung, keinginan ni daripada kecik lagi, sebab time pergi mengaji dengan arwah opah yang mengajar dulu, makcik yang anak kepada opah tu mengambil tempahan baju kurung. Jadi sebelum start mengaji akan terpandang la kain baju kurung yang lama-lama menjadi sepasang baju kurung yang tergantung di hanger, ye la,, mana tak nya..kalau dah hari-hari makcik tu buat..akhirnya siap,, tu mungkin satu kepuasan bagi makcik tu disamping dapat tambah pendapatannya,.


Fourthly, aku nak belajar fotografi dan teknik-teknik shoot gambar dan editing foto dengan betul. Baru la gambar tu nampak cun n gempak je kalau orang laen tengok,.kan kan..hehe. aku pun dah lama simpan hasrat nak memiliki kamera DSLR NIKON sendiri. Tak dapat Nikon pun, kamera EOS CANON pun jadilah..haha ni dah melebih cik atin sorang ni..haha,.bukan selalu pun..dah lama makan hati dengan oghang-oghang yang dah lama ada benda alah tu. Cemburu merangkap jealous ni tau tak..haha. inyaallah cik atin boleh.. go go power rangers..haha,,merapu


Fifthly, aku nak belajar selam scuba, ataupun dikenali sebagai scuba diving, (sama aje la cik atin oitt..) sebab ape nak tau, hehe sebab aku nak tengok ikan nemo tu secara dekat-dekat depan mata sendiri,bukan dalam akuarium tapi di dasar lautan habibat semulajadi menatang tu. Haha, macam tak logic kan tapi tu la hakikatnya, cik atin ni dah lama kena sawan dengan kecomelan tahap gaban ikan nemo ataupun nama English nye Clown Fish. (Paraak dah cik atin ni,.) Start tengok citer Finding Nemo tu, start tu jugaklah aku ni dah angau kat cartoon ikan tu. Tapi tak la fanatic sampai nak beli patung dia bagai. Haha, lagi satu, scuba diving ni boleh jadi penyelamat aku yang tak pernah belajar berenang nih.dari situ aku boleh timba pengalaman untuk belajar sesuatu yang berpekdah tak lah buang masa dok umah goyang kaki makan tidor je kojernye.. betul tak..kan, kan, kan.

No comments:

Post a Comment