Monday, February 18, 2013

baker wannabe

Assalamualaikum..
Sekarang ni aku pun tak tau la..kenapa mood anak dara PAKCIK SAHIDAN yang PEMALAS nak masak kat dapur bertukar jadi RAJIN bile tengok resipi kek yang sonang-sonang..(nampak sangat aku ni minat nak bukak bakery..hewhew)..cerita die macam ni, aritu la kan, aku search ternet kononnya nak cari pasal panel disscussion untuk Muet, alih-alih otak aku ni melayang kat mana ntah tetiba terpikir nak makan kek..so dengan pantasnya kurang dari kilat, jari-jemariku ini telah merajinkan diri mereka untuk menaip perkataan -RESIPI KEK PELANGI-..coz dah lama sangat dah tak makan kek tu..dah dapat resipi tu, and then aku mintak la tolong mama belikan bahan-bahan nak wat kek yang sedemikiannyerpunn,..dengan excitednya mama yang nak sangat makan kek dicampur dengan ayah yang memang taksub giler dengan kek dan didarab dengan adik-adik yang dah lama tak makan kek..so hasilnya malam tu jugak aku wat kek..

Sekarang ni, aku makin suka pulak buat kek tu coz memang senang, bahan-bahan die pun memang senang nak sukat, tak payah guna gram, kilogram atau tan metrik bagai, just guna cawan edisi terhad kepunyaan mama je udah cukup doong..

Meh sini aq share sikit resipi yang aku dapat..bak kata omputih la kan, sharing is caring..=)
1 cawan gula halus/ kastor
1 cawan marjerin/ mentega
2 cawan tepung
3 biji telur
2 sudu susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 penutup esen vanila
3 jenis pewarna

p/s; kalau guna tepung kek, tak payah taruk baking powder dah..nanti kembang sekembang-kembang nya kek korang tu.
p/s; kalau sukat tu, pastikan guna cawan yang sama, kalau guna cawan yang lain bentuk dan saiznya maka sukatan korang maybe tak sama padunya..dah macam ayat hipotesis la pulak
p/s: kalau korang nak buat lebih daripada 3 colour pun boleh..lawa gak tu

cara-caranya..meyh cik atin ajar erk..hehe
1. putarkan gula dengan marjerin sampai la kembang.
2. pecahkan telur dan masukkan satu persatu, and then putar lagi
3.masukkan esen vanila, tujuannya nak hilangkan bau hanyir MR. EGG tu tadi,..teruskan putar,,
4. masukkan pulak tepung yang dah dicampur dengan baking powder..putar lagi
5. masukkan pulak susu pekat..and putar lagi sampai semuanya dah sebati..dan berentikan putaran mesin tu
 6. bahagikan adunan kepada 3 bekas dan setiap letakkan pewarna yang berbeza..contoh nya,..cengginilah..


 7. lepastu masukkan dalam loyang ikut bentuk yang disukai..tak kisah la bulat ke bersegi..papeje..letak dalam mangkuk cup cake pun boleh jugak.masukkan aduan tu selang seli dengan colour baru la meriah gitu.dan ingat sebelum nak masukkan adunan tu, sapu merjerin kat dalam bekas tu sikit supaya kek tu tak la melekak kat loyang..kalau nak hiaskan kek dengan segala bensa alah pun boleh jugak. macam aku tabur je ceri potong secara harmoninya

 cunnya kamu wahai kek ku...wah wah wah

 8. lepastu bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit..ingat,..bakar kek musti guna api bawah tau


nampak sangat jakun nya nak tunngu kek tu masak..lama lagi la cik kak atin oiittt...



 sementara tu sempat jugak la snap gambar dapur yang sememangnya dah macam tongkang pecah dah..huhuhu..my mom bisik jugak...tapi kek punya pasal..die redha aje dengan anak pompuan dia sorang ni..


 berselerak nya dapur..anak dara bertuah ni punya kerja...



 tengok tu..bukan nak letak dalam singki terus..cik atin pemalas..


tapi tahap kemalasan aku ni kejap je dah hilang..mood tetibe pulak tukar jadi rajin..ala-ala trafic light gitu,kejap merah, kejap kuning, kejap ijau,,.nasib baik trafic light tu ade 3 kaler je..kalau dah maunya dah macam jakun aku tengok trafic light kalau die ade 40 jenis warna..(ape ko melalut adik maniss oiii)



 dah kemas..hasil titik peluh keringat cik atin tau..fiuuu


 singki pun dah setel...segala benda yang tak dibasuh, habis disetelkan oleh cik atin...mmg keje aku pun selama ni...

 tengah-tengah lap meja makan time tu..tetibe..TING! yeah kek dah masak..baunya memang mengasyikkan sesape je yang ade kat dalam rumah tu..pastu masing-masing wat muka lapar mintak kek..yummmmyyy..sedap la saya buat...puji diri sendiri kejap..masuk bakul angkat sendiri betul budak sorang ni


  apa lagi tunngu...SERBU!!!


 ni la hasil aku wat adunan selapis-selapis tadi...nampak tak layer tu.. colourful kan..comel nya fatin shuhaida buat...okey..perasan jap..






















nampak tak PELANGI SENJA kat situ...hahaha..Nonsense la..



okeyla...hope sesape yang baca entry ni boleh la try wat kat rumah erk...
time tu sleep yoww..
have fun reading this story from cik atin..
=)

Friday, February 15, 2013

fashion of peplum

assalamualaikum...

kali ni tak tau nak celoteh pasal ape coz otak dah naik tepu tahap paling maximum. ni semua gara-gara kerja kursus (penilaian berasaskan sekolah -pbs-) yang meracuni otak cik atin yang cerdas ni...haha merapu..tapi ade suatu questionair daripada kawan aku sendiri dia tanya..

FREN: atin, peplum tu ape?
ME: peplum tu baju trend skrang la
FREN: baju? baju je ape? baju kurung ke?
ME: bukan lah. baju tu dia macam skirt pendek yang dijahit kat baju tu sekali kat bahagian atas pinggan and bawah dada. something like that la..
FREN: ooohh..yang orang selalu pakai yang kembang-kembang tutup aset tu ke.
ME: haa! cenggitu ler..nape? ko panggil baju tu baju ape?
FREN: aku tak panggil baju, aku panggil dress, coz bentuk dia macam dress
ME: ape-ape je la ko ni. tapi nama scientifik die peplum tau..
FREN: okey..thanks gitau

sebenarnya, fashion peplum ni daripada zaman tok nenek kite muda2 dulu dah ada dah. tak caya ke..cube tgok gambar ni..

nah kau, saloma pun pakai peplum..kiranya fashion ni dikitar semula. so korang boleh la tanya nenek, opah, tok korang yang still lg simpan baju peplum lama dorang tu...mana la tau, korang boleh gaya kan balik baju tu, so nampak unik sikit la distu sebab gaya dia ala-ala retro dah yang paling penting confirm fesyen baju korang tu takkan sama dengan orang lain..tolanglah iyakan apa yang cik atin perkatakan sebentar tadi..huhu


 tapi sekarang ni zaman dah berubah, dunia pun dah maju,fashion pun semakin hari pun semakin baru. peplum sekarang ni banyak guna kan warna-warna pastel (macam baby blue, light pink), warna-warna terang (macam turqoise, electric blue) dan ade gak unsur-unsur warna tanah dan colour block( macam merah + coklat)

kalau nak tau lagi lebih lanjut tentang berbagai gaya peplum, rajin-rajinkanlah tengok butik online yang jual peplum yang tengah hangat ni contohnya Luffya Mayalisa FullDehotshop Hayati, dan  Firatiqah's Closet
dari situ dapatlah info berguna tentang fashin peplum ni..

sekarang ni jam sudah menunjukkan pukul 1:15 pagi...mata pun dah mintak ditidurkan
so nite,,
have fun read this entry

Wednesday, February 13, 2013

travelog Kedah-Perlis

Assalamualaikum.

cuti raya cina ni memang tak plan pun nak pergi mana..ingatkan dok kat umah je.. tetiba malam ari jumaat tu mama ajak gi beli barang makanan untuk esok..esok? nak pergi mana, aq pun malas nak tanya. esok nya pepagi lepas subuh mama kejut suruh siap-siap and then suruh packing baju 2 3 helai. aq ingatkan nak balik kampung. and then tanya mama balik, pastu mama ckap nak g perlis dgn kedah.. amboi kemain semangat la aq packing baju, siapkan diri semua bagai..haha..excited la katekan..
 
muka orang mintak penampor, bosan kowt dok dalam keta time on the way nak ke Perlis..6 jam perjalanan dari Perak

sepanjang perjalanan tu memang menghayati pemandangan la,. memula kitaorang satu family decided nk pergi perlis dulu. akibat tak tau jalan, ayah pun berenti beli peta kat R&R yang ade dalam kawasan kedah tu..aq pun tak ingat pe nama tempatnya..maklumlah dah berumor..haahaaa...pusing punya pusing akhirnya nampak signboard yg tertulis KANGAR..nak dekat satu jam setengah la jugak..akhirnya sampai kat PADANG BESAR.. nama pun Padang Besar, so mmg besar la tmpat nak shopping tu,. mama beli 2 NARITA kat situ coz memang murah sangat, then borong kekacang and segala jenis jajan atau kudap-kudap yang memang dijual kat situ. sambil tu, mata aq pun melilau la tengok peplum yang murah sangat RM20..tapi dapat beli 1 je, mama satu aq satu..sedih nyer.
then lepas tu kitaorang pergi GUA KELAM. di semua pasal adik la, nak sangat tahu Gua Kelam tu macam mana.. sempat la jugak snap-pics..haha..teruja kejap

 wahh..mama pun join sekaki,,.cayalah



 suasana seram dalam dua..tapi sejuk ar..nice tempat ni..tenang banget




 pasangan sweet couple dunia akhirat


 tuan tanah kedaung..i'm wearing this sweet peplum, nice lorh..

harga tiket nak masuk gua ni pun tak cekik darah pun..murah gilerr wa cakap lu..tak caya ke sama gua..ni buktinyer..

haaahh..tu dia
kanak-kanak or yang perasan diri tu kanak-kanak= RM 0.50 je
dewasa or yang rasa diri tu dah matang =RM1.00 je..
tak mahal pun


oleh kerana encik. hujan bin lebat, mencemburui waktu family outing kitaorang so, kitaorang pun bertolak lah nak ke PENDANG, KEDAH.. nak bermalam kat situ, for your information, aq duduk kat kedah dulu since umur aq 3 years until 5 years gitu lah. walaupun time tu aq ni ni kecik-kecik cili padi, tapi kenangan menetap kat sana still lagi ingat walaupun samar-samar. kitaorang tumpang rumah makcik Ila, bestfren mama dulu2, nasib baik dia ingat lagi..mula la buka cerita pasal dulu-dulu,dah penat sangat, semua tidor berdengkur kroohh kroohh.bangun pagi semua merengkuk macam udang kene goreng, biaselah Pendang still lagi kaya dengan alam semulajadinya..so pepagi memang sejuk la macam pasang aircond, tak macam kat Bidor, kipas terpasang je 24jam..pastu duit api pun melambung-lambung,perjalanan meneroka kedah diteruskan lagi, kali ni melawat jiran-jiran lama,. Alhamdulillah, dorang still lagi ingat,..ada la dalam 6 buah rumah kitaorang terjah,kenyang dijamu air, and then siap tukar-tukar phone number lagi tu,,..kawan-kawan aq pun dah makin cun makin encem..yang sorang tu, Nurul, dah nak jadi isteri orang, congrates kawan,..ade sorang makcik tu, taknak berpisah dengan mak aq punya pasal. dia suruhnya aq ni jadi menantu dia..haha..makcik ni wat kelakau ler,,tak nak aq..study-study....haha

dah abis terjah rumah orang kitaorang teruskan perjalanan ke SIK, KEDAH. melawat tanaman anggur..haaa ni memang memang minat ayah aq,

 best kat sini, angin sepoi-sepoi bahasa la wa cakap lu, maklumlah tepi tasik gitu,

 anggur hijau yang baru nak akil baligh


 anggur hitam yang dah matang tapi pekerja tu makan gaji buta je taknak petik,.laziness u'olls..kitaorang nak petik tak bagi pulak tu..kedekut..huh

 in green peplum, haha, posing gitu, kemain lagi kau nahh cik atin oit,,..


mama pun wearing  peplum jugak, 2 beranak ni sama je,..sayang mama yang sporting banget ni..muahhh setempek..kikiki

with mama terchenta, (mama jengket sikit kaki tu, rendah sangat la..) haha perli mama sendiri..taubat tak wat dah lepas ni, kena cubit dah dengan mama..:'(

ayah, lau nak posing sekali cakap je, jgn la rosakkan gambar orang, kemain sempoi je dengan selipar jepun oren die tu, kasut ade diletak dalam boot kereta...apa la

series aq ckap tmpat ni memang best, walaupun rasa bosan coz kite tgok anggur anggur tgok kita, bergilir-gilir, tapi suasana berangin kat sini memang terbaik la..ianya antara lokasi nak wat shoot gmbar kawen,,chewah dah berangan kau..and rugi la lau datang sini tak beli anggur, walaupun mahal setengah kilo rm15, tapi manis anggur tu memang100 % manis giler...buah-buahnye kecik, tapi kecik bukan sebarang kecik tapi kecik yang tersangat la manis,,..huhuhuhu


tengok tu kemain lagi comel,,,manis sangat kamu ni,, sedap hingga tangkai pun nak dimakan sekali,..jakun betul

tiket bayaran masuk
kanak-kanak= rm2.00
dewasa= rm4.00
tak mahal pun


lepas tu kitaorang satu family pergi Pantai Merdeka, Kedah. tempat tu memang crowded sangat dengan orang yang berpusu-pusu nak datang kat sana, tapi serius aq ckap kat sana tak de pape yang best pun,..memang tak best menyesal je datang..tapi sempat la jugak snap gambar..huhu

 on the way nak ke Pantai Merdeka



 panorama matahari terbenam, subhanallah, cantik sungguh..

 time to snap my own pics..green yow

 snap again




last pic at the beach...haha




time to balek Bidor, arghh penat



souvenir from Perlis

mata dah layu, sekarang i nak tidur lah u, 
selamat membace
have fun with this story


mencintaimu BAWAL



Assalamualaikum..

Teruja sikit nak type entry ni.. al-maklumlah tudung ni baru sampai pukul 10 pagi tadi. Ntah bile pos laju tu anta tudung tu kat umah pun aq tak tau. Biasa la time cuti overtime tidurnya..haha.. tetibe mama bukak pintu bilik and she say “along tudung kamu dah sampai dah ni” dengan selamber derk je mama koyak kan bungkusan yang berisi tudung-tudung tu.. dulu kemain lagi suruh aku jangan beli online..reason die takut kene tipu la, ape la..alih-alih mama pulak excited yang tengok tudung tu.. cakap tak serupa bikin betul..haha

Beralih kepada ceritanya pulok..hehe..aku beli tudung bawal secara borong kat Beluncas Boutique, mula nya nak beli 3 colour je..tapi dah alang-alang butik tu wat promosi 10 helai rm60, pa lagi rembat je la..pagi tadi,aku pun excited gak tgok tudung2 tu..perkataan yang pertama keluar dari bibir manis lagi sweet ni..ialah..perkataan “SYUKUR” aku tak kene tipu..yang kedua nya pulak..hehe,,.apalagi try la..walaupun tak ber-iron..coz colour that I have been chosen its so nice..

 Okay.. tudung bawal ni brand dia KANGGAROO.. daripada feedback yang aq pernah dengar daripada mulut orang yang dah pernah pakai tudung ni, dorang kate tudung ni senang nak dibentuk. Material kain die pun tak la keras dan tak lembut sangat sedang-sedang je. Lagi satu, kalau dilipat, tudung ni memang sama panjang dan sama lebar tak macam sesetengah tudung bawal yang lain. dan diantara warna-warna yang aq order ialah

 electric blue =)


 dusty green =)


 light orange =)


 mustard =)


 turqoise =)


 madness red =)


 grey =)


 black =)


 white =)


dark purple =)

sisi jatuh tudung ni pun cantik..nampak kemas sangat kalau pakai..so tak rugi la kalau beli pun..and then kalau nak beli kene pastikan betul-betul tag brand tudung ni betul betul..
kene pastikan ada label ni,,.mesti kangaroo yang tgh nak melompat yer....
apa yang penting..cik atin dalam mood gumbira tak terhingga..haha..boleh beli lagi lepas ni..haha..