Monday, September 23, 2013

resepi Marble Cake With Homemade Icing And Mulberry

assalamualaikum.. ^^

tajuk entry ni pun dah kelas kaw jah kemain.. ok la straight forward je. malas nak merepek merapu meraban memalam buta ni..

Bahan-bahan kek
1 cawan merjerin /mentega
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko

Bahan-bahan ising
2 biji putih telur
1 cawan gula halus/ icing

Hiasan
mulberry
(nak guna strawberry pun boleh, ikut citarasa nak hias dengan ape.. ok)


Cara-cara buat kek:
1. putarkan marjerin dengan dula sampai kembang
2. kemudian pecahkan telur satu persatu kedalam adunan
3. masukkan esen vanilla (kalau rasa nak lagi wangi masukkan 2 susdu kecil. ikut citarasa masin-masing)
4. kemudian masukkan tepung beserta tepung penaik. kacau sampai sebati
5. seterusnya, asingkan 1/4 daripada adunan tersebut dalam mangkuk lain dan masukkan serbuk koko.
6. sapukan marjerin pada loyang supaya kek tak melekat.
7. masukkan adunan asal pada lapisan bawah kemudian masukkan lapisan kedua iaitu adunan yang mempunyai serbuk koko dan akhir sekali lapisan adunan asal. kemudian ratakan permukaan kek
8. ambil lidi atau pisau. lorekkan adunan tersebut supaya apabila masak ianya akan menjadi corak
9. bakar dalam ketuhar selama 130 darjah selsius selama 40 minit ( ikut oven masing-masing ok, sebab oven cik atin ni jenis overheating tu yang kena kurangkan suhu)
10. nak tau kek tu masak kek x. cucuk kek tu dengan lidi. bila adunan tu still lagi melekat kat lidi maknanya belum masak. tapi kalau dah cucuk, lidi tu licin je bila ditarik keluar maknanya kek tu dah masak.
11. sejukkan dan terbalikkan kek. dah boleh letak ising dan boleh hiaskan dengan buah mulberry.

Cara-cara buat ising
1. asingkan putih telur dengan kuning telur
2. masukkan gula ising
3. putar dengan mixture pada kelajuan maksima sampai kembang
4. kalau nak tahu ising tu dah ok ke belum, cuba terbalikkan mangkuk mixture tadi tu. kalau still meleleh maknanya belum kembang. tapi kalau dia melekat kat mangkuk, makna nya dah boleh sapu kat kek.


ni hasilnya.. 

nak buat dalam papercup pun boleh..

 makeup-makeup sikit kat atas kek ni dengan buah mulberry yang Cik Atin petik je kat tepi rumah. pokoknya lebat berbuah. hehe

alololo cutenyerrr..

ready untuk dingap oleh Cik Atin..hahaha(gelak jahat)

itu je kot. and kepada sesape nak share resepi ni kat sesape pun. silalah Cik Atin tak marah sebab prinsip Cik Atin sharing is caring tak gitu.. tak salahkan kalau kita share ilmu yang kita ade. dapat pahala perut pun kenyang dan automatik hati senang..haha..k la..
sekian..

Monday, September 16, 2013

30 days malaysian beauty challenge

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dah lepas satu beban. baru je selesai buat presentation pbs ekonomi tadi.. lapang sikit kepala hotak haku ni.. fiiuhhh..haha
Now nak citer pasal hashtag a.k.a ( # ) yang aku join kat instagram..

sejak ade IG ni Cik Atin asyik dok hapdate Ig die jer.. abaikan mende alah tu. hashtag 30daysmalaysianbeautychallenge ni just untuk share ape makeup yang dorang pakai, ape brand yang dorang guna, ape beauty stuff yang ok dan tak ok, macam-macam lagilah, kiranya hashtag ni bertujuan Sharing Is Caring gitu kata kaw. by the way, hashtag ni colaborasi antara sis fyna and beberapa orang beauty blogger yang lain dan aku TAK TERSENARAI PUN..OK..haha . antaranya ialah:

www.fynahere.com / instagram @fynahere
www.sabrinatajudin.com / instagram @sabrinatajudin
immanextdiva.blogspot.com / instagram @izzatixo
nedzblinkblink.blogspot.com / instagram @nadhiraizzati
sayakakigambar.blogspot.com / instagram @erieqaerine
deemataque.blogspot.com / intagram @zyanapertalpah
ciktomato-story.blogspot.com instagram @sabaliati
www.wiidaribbon.com / instagram @wiidaribbon

excited giler hari-hari update instagram pasal menda alah ni. at least aku dapat ilmu dalam dunia makeup sikit-sikit. hehe al-maklumlah saya baru lagi nak belajar bertatih dalam bidang ni..huhu..
nanti kalau dah cukup 30 hari hashtag ni, baru cik Atin akan hapdate makeup stuff cik Atin kat blog pulak okeh...haha..stay tune.. tatatititutu.. ngex..

flora make-up inspired

assalamualaikum. 
curi masa sikit update blog yang dah lama dok sepi seorang perindu..(pergh ayat ko atin tak boleh blah)..
sebenarnya esok ade presentation untuk pbs subjek ekonomi dengan pengajian perniagaan. tapi cik atin ni tetap tak sedar diri, dibuatnya menda tak pekdah tengah-tengah malam cenggini.. bertuah tahap beruang kutub punye budak..ehh silap bukan budak.. dah remaja la..huhu..belum tua lagi HOKEYHH..

sebenarnya memang dah lama nak buat benda ni tapi busy memanjang. tapi tadi baru ade masa sikit. sikit tak sikit la satu jam jugak la nak buat benda tak pekdah ni.. huhu..sebelum tu kita tengok gambar bunga dulu. cuci mata la katakan


-daisies-

-orchid-

dah puas tengok bunga..ok jom terjah benda yang cik atin ni buat pulak dengan bereksperimentasikan daripada dua unsur alam ni..(chewah ayat kaww)
-
-
-
-
-
-
-
TADDDAAAAAAA!!!!!!!!!

daisy makeup inspired

orchid makeup inspired


nah kaw.!! berbunga-bunga mata kaw cik atin oii kemain ye kaw makeup tengah-tengah malam cenggini..agak-agak kalau makeup untuk majlis graduasi tu nanti ok tak? miahhahaha

bergelimpangan eyeshadow cik atin kat belakang tu. remaja ni memang tau, dah pandai buat sepah tapi tak reti nak kemas balik.. 

last view.. harap readers semua tak muntah hijau la erk..haha

k tu je..sekian


Tuesday, September 3, 2013

shopping at SHOPPE CEMPAKA

Assalamualaikum..

nak taip benda ni secara rushingnye.. sebab sekarang ni cik atin dalam kelas tambahan pengajian am form 6. ambik kesempatan guna line wifi skola. walaupun semput-semput kucing terbatuk tapi tetap nak guna jugak line wifi ni.. hahaha..
actually benda ni aku beli and sampai masa 2 minggu bulan puasa hari tu. tapi malas nak update..hahaha..
lepas dah dapat benda ni aku bawak la pergi skola sebab ade kawan aku nak try.. and then dua tiga hari lepas tu heboh pulak dah kata aku jual mende alah ni. weyh aku tak jual la. aku beli untuk stock aku pakai je. kalau korang nak beli beli kat sini..

Black shiseido mask, white shiseido mask, naturgo shiseido mask dan sabun gluta kojic

barang yang sampai 3 hari lepas buat payment kt maybank..huhuhu,..yeeaayyy

ni yang aku beli.. 20 pcs mask, 2 sabun gluta kojic.. 1 untuk aku, 1 lagi untuk mama..huhu

nak tau tentang sabun tu klik sini

punye la eksaited sangat nak try timr. lepas balik dari tolong makcu kat bazar,lepas solat ape semua,
terus je pakai mask ni.. tapi hasil keluaran dalam negara kasar yakni keluaran segala menda alah kat muka tak boleh di capture oleh camera CAP KUCING ni.. but, mask ni memang best, rasa nak nanges bila time bukak.. rase nak terkoyak kulit aku di buatnya..hadoih mak.. naseb aku tak menjerit je dalam bilik, kalau tak maunya mama sumbat ubi keledek nak buat inti karipap tu kat dalam mulut aku ni...haiyakkk

naaah kaw!!.. orang negro mana sesat ni weyh? ..haha..ini la ghupenye kalau cik atin ber-MASK di malam hari..agak-agak lau masuk prom nite tema MASQUERADE confirm aku ditabalkan jadik Prom Queen La SANGAT kan..huhu

cak..haha.. kembali kepada anak Sahidan.. time ni dah lepas bukak dah mask tu, pedih weyh..merah pipi dengan dahi aku tarik mende alah tu.. nak nanges weyh..tapi hasil die WOW...haha

so, kalau korang nak beli pergi je kat FB Shoppe Cempaka k..

ok lah.. tu je kot..bye....


Sunday, September 1, 2013

happy 19th birthday Cik Atin

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah.. Allah memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi sebagai pengembara di bumi-Nya.. selama 19 tahun aku hidup dah banyak benda aku belajar dari pengalaman. ada suka, ada duka, ade pahit ade manis, kadang-kadang aku berada kat bawah kadang-kadang aku berada kat atas..ibarat roda.

namun aku tetap bersyukur sebab dikurniakan ibu yang memahami anaknya dan sanggup mendengar luahan hati dan perasaan. dan ayah yang sangat memahami.. bersyukur jugak sebab ade kawan yang sudi menemani di kala susah senang. thanks to Nana. love u..

anyway nak nyanyi la utk diri sendiri..

happy birthday to me..
happy birthday to me..
happy birthday to Fatin Shuhaida
happy birthday to me...