Thursday, May 30, 2013

resepi : Apam Polkadot Sukatan Cawan

Assalamualaikum..

Entry ni dah lama dah kepam dalam draft sampai naik bau masyem dah,..hehe.. tak de la sampai macam tu. Sebenarnya, haritu aku ade try nak buat apam polkadot. So aku cari la resepi dia kat internet. Punya la banyak website aku bukak sampai lupa resepi ni aku dapat dari website mana satu. Nampak tak tamaknya kat situ. Bukan ape, nak cari yang paling senang coz aku tak suka kerja nak leceh-leceh nak sukat menyukat bagai ni. Rasanya resepi ni aku dapat dari website MyResepi kot. Thanks kat orang yang share resepi ni. Bertambah pahala anda berkongsi ilmu. Dan aku pun nak tambah pahala jugak nak share resepi ni kat blog sendiri. Sesape rajin baca la erk. Hehe.

RESEPI APAM POLKADOT SUKATAN CAWAN (50-80 biji)

Bahan-bahan:
- 3 biji telur Gred A (dari peti sejuk)
- 2 ¼ cawan tepung gandum
- 1 ½ cawan gula halus
- ¾  cawan susu segar / santan cair
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil ovalette
- filling / inti ( tak kesah la ape-ape pun. Jem strawberi pun boleh)
-Pewarna
-Papercups size medium
-piping bag
-acuan kuih lompang (kalau ade la, kalau takde takpe, x penting pun)

Cara-cara:
1.masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanilla dalam mangkuk mixer. Pukul sampai kembang dengan kelajuan maksima.
2. lepastu, masukkan susu segar, baking powder,dan tepung gandum. Pukul sampai sebati dengan kelajuan maksima.
3. bahagikan adunan kepada bekas berlainan lepastu letak pewarna ikut pilihan masing-masing.
4. masukkan adunan yang dah diwarnakan tadi dalam pastik piping bag.
5. sediakan papercup (kalau boleh masukkan dalam acuan kuih lompang supaya apam tak la melepek)
6. picit adunan dalam papercup. Picit setengah je.
7. letakkan filling/ inti kat tengah-tengah (nak senang filling pun korang letak je dalam plastik piping bag senang sikit nak picit)
8. kemudian picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga paras 3/4 papercup.
9. lepastu, dot-dot kan apam tu dengan adunan yang berbeza warna. Ikut citarasa masing-masing.
10. last sekali, kukus apam polkadot tu dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit.



Yang ni hasil yang aku buat. Tapi ni aku pakai santan cair je sebab susu segar adek aku balun sampai habis. Disebabkan aku tak beli papercup dengan piping bag, so aku buat je kat dalam acuan kuih apam ni. Filling pun aku guna jem blackcurrant. So nama dia pun berubah jadi APAM PELANGI. Kreatif tak.. hehe..
Sesape nak share resepi ni, share je. Aku tak marah pun. Tak salah kalau kita kongsi sesama kan,. Yang kenyang kita jugak. Tak payah nak kedekut sangat la. Tak baik. Hehe..


Youtube saluran belajar Makeup.

Assalamualaikum..


Awal-awal lagi aku dah tayang muka hasil makeup yang tak professional nih. Biasalah belajar dari youtube. Kau hado? Youtube ni bukan setakat nak wat Jahanam Style dengan Gwiyomi je, makeup pun boleh pun boleh rujuk kat youtube jugak.


Setakat ni, aku suka tengok channel makeup sis ZOEY ZAUYAH, LOVE BUNGA QUERIDA dengan NISA KAY. Memang best dan senang nak follow step makeup yang dorang buat, dan start  dari situ lah aku dah pandai buat shading, tau macam mana nak blend eyeshadow, lukis kening nampak macam kita cukur tapi sebenarnya TAK CUKUR KENING PUN, tau macam mana nak highlight dan shading kat bahagian muka, tau camner nak bagi makeup than lama,tahu semuanya la. Best sangat. Sape yang tak suka makeup tu jangan nak memperlekehkan minat seseorang tu. Minat korang aku tak sibok pun. So dok diam-diam and continue your reading. Hehe



Jangan salah anggap ok, makeup bukan untuk MENGUBAH rupa seseorang, tetapi untuk MEMPERINDAHKAN rupa seseorang. Perempuan kan suka indah-indah, cantek-cantek, kiut-miut.. tak gituw? Heehee.

P/S; gambar-gambar diatas tak edit hokeh.. sekian terima kasut.haha

25 THINGS ABOUT FATIN SHUHAIDA

Assalamualaikum..

Haritu ade terbaca kat blog Love Bunga Querida nyer older post..  tatak mungee tu ade la citer pasal die yang boleh wat aku tergelak time baca menda-alah tu.. so kali ni nak buat pasal aku pulak.

-Nur Fatin Shuhaida
Kalau tak silap aku nama ni mama yang bagi dan ianya bermaksud Cahaya Menarik Mempesonakan Madu Lebah. Yer kot, aku tengok buku makcik aku time dia mengandung nak cari nama untuk anak dia yang first.

-Anak tunggal perempuan
Anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Dan seorang anak perempuan tunggal dalam family. Tak de kakak mahupun adik perempuan.

-1 September 1994
Lahir agak lewat dari tarikh yang sepatutnya aku keluar iaitu 31 Ogos. Rugi betul lau tak dah jadik anak merdeka dah…huhu

-Seorang blogger
Mula buat blog ni start tahun 2010 sebab gemar menulis diari, minat dalam penulisan dan suka membebel sorang-sorang. Bukan gila ok..

-Rabun
Ya. Saya rabun jauh. Semua orang tak perfect kan.

-Panas baran.
Seorang yang pemarah dan panas baran. Tapi.. masih boleh mengawal secara rasional. Dan masih dalam usaha nak kurangkan panas baran tu.

-Pencinta kucing.
Aku sayang sangat dengan kucing. Kucing kan binatang kesayangan Nabi. Lagipun kucing ni comel sangat..eeee .,, geram.

-Kuat makan
Mesti terkezoot kan. Badan keremping tapi kuat makan. Aku makan la banyak mana pun badan still jugak macam ni. Dah tak boleh buat ape dah. Ayah pun tak redha je anak dia macam ni.

-Laksa
Pantang nampak laksa mesti mau terkam. Kecuali la bulan puasa. Suka sangat-sangat makan laksa ni. Sebab tu aku ni jenis cerewet kalau kuah laksa tu tak sedap.

-Tudung bawal
Pengumpul, peminat, penggemar dan pemakai tudung bawal. Shawl banyak beli tapi tersadai je tak pakai sebab tudung bawal lagi senang nak handle.

-SE k320i
Sony Ericsson k320i phone pertama sekali aku pakai. Lepastu time pmr dapat good result dapat Sony Ericsson W205 dan sekarang Samsung Galaxy Young. Semua ni beli pakai duit sendiri ok. Hasil usaha sendiri dan pernah harapkan mama dan ayah suruh belikan phone.

-Coloursss
Warna feveret dan sebab dia, coklat sebab nampak mewah, pink sebab naluri gadis memang suka pink pun, kelabu sebab warna yang urban, ungu sebab suka bunga lavender, biru sebab sukakan warna air laut.

-Lagu
Lagu yang melekat jadi lagi feveret start dari tahun 2010 sampai sekarang ialah lagu TERLALU by ST12. Start minat lagu ni masa stalker blog Irine Nadia.

-Membaca
Ada la jugak membaca. Nama pun student kan mesti la kene hadap je buku, kamus, surat khabar,novel dan majalah. Hehehe.

-Sayur
Suka sangat-sangat makan sayur. Sebab terpengaruh cakap mama dari kecik sebab mama tunjuk gambar kawan dia yang muka licin gebu-gebu flawless tu sebab kawan dia makan sayur. Yummy.

-Udang, sotong? Tidak!!!
Jauh kan benda ni dari aku. Bukan alah pun sebab memang tak suka. Kalau makan pun tekak takkan terima lepastu confirm muntah balik.. yucks!

-Caffeine
Penggemar tegar minuman berkafein. Neslo, Nescafe ais, cappuccino memang ade dalam list menu nak order la kalau sampai kat kedai makan.

-Tengok kartun lagi?
Ape? Umur 19 tahun pun tak boleh tengok kartun ke. Macam budak-budak kan? Tapi tu la hakikatnya kalau ade citer kartun, mulalah melekat kat depan tv tak hengat. Tambah-tambah kalau layan Barbie, Upin-Ipin, Boboiboy, Wonderpets, Detective Conan, Dunia Eicak…ehh, Semualah aku layan. Hehe

-Fobia
Boleh bawak motor tapi FOBIA. Sebab ape tau, sebab pernah jatuh sampai terseret siku kat jalan tar masa time nak belok kat selekoh. Jatuh depan umah Uca pulak tu. Tapi Uca yang banyak ajar aku macam mana nak bawak motor ni. Sebab dia PRO. Salute ko Uca.

-Geli binatang ni la.
Sesape jangan la sakat aku dengan binatang yang bernama KATAK dan ULAR. Hatta, benda tu plastik ke, getah ke sekalipun..Tolong jangan. Mau mencecet aku lari tak cukup tanah.

-Alergi
Alah dengan habuk. Memang tak boleh pun duduk kat tempat berhabuk efek habuk tu kat aku, kulit jadi merah pastu gatal, pastu mulalah hidung ni berair dan ha..ha..HAACCHHOOOooooo!!. excuse me..terbersin pulak.

-Air hujan
Dari kecik lagi memang tak boleh sangat mandi hujan. Mandi memang boleh tapi nanti mula lah tanggung sakit kepala yang teramat la. So memang tak boleh kena hujan.

-Pembedahan
Pernah menjalani pembedahan masa darjah 4, tahun 2004, bulan Disember, 2 hari sebelum Tsunami melanda kat Malaysia. Pembedahan appendix. Seminggu aku duduk hospital. Bosan weyh.

-Coklat
Memang hantu coklat. Bagi je jenis ape pun, aku bedal je yang penting Halalantoyiba la.

-Mini Cooper
Memang minat sangat kereta ni start dari aku SPM lagi. Sebab kereta ni comel sangat tambah-tambah dia eksklusif. I love you. Muahh..hehe.. Terbaek.!




Saturday, May 25, 2013

kulepaskan segala tensionku


Assalamualaikum..

Tajuk entry macam tajuk lagu kan..haha..Alhamdulillah. Exam STPM sem 2 dah lepas.. agak mencabar jugak la soalan yang MPM kasi. Tegang bulu roma aku jawab dalam dewan exam.. Fuhhh..dah lepas

Semalam nak dijadikan cerita aku hangout dengan Nana kat kat Tanjung Malim. Sesaje. Memang cadang nak lepak dengan kawan pun time cuti sekolah macam ni. So, pepagi lepas subuh aku siap-siap nak keluar tunggu bas kat depan simpang rumah. Al maklumlah si fatin ni tak de lesen..diulangkan sekali lagi TAK ADA LESEN kereta apatah lagi la motor. So kita guna je la pengangkutan awam yang sedia ade yer..*kita la sangat, cik atin sorang je ok..*

So ade la sesi tunggu menunggu bas yang lambat Nauzubillah tu. Pukul 7 pagi aku tunggu, 45 minit kemudian baru bas semput tu sampai..mau geram aku dibuatnye.. membebel aku sorang-sorang kat bas stop tak berbumbung dan tak berlantai tu..mamat lalu lalang pun piker patplohnamratus kali nak berenti ngorat..cakap sorang-sorang gilo ke minah ni..*bukan cakap erk, bebel jer*

Lepas satu hal, hal lain plak datang. Masa tu nak naik bas ke Sungkai la pulak. Transit. Boleh pulak time tu tayar bas HUK YIK tu pancit. Weyh tayar ko tak boleh pancit lain kali ke.. geram tau tak..dekat 15 minit jugak la tunggu, nasib baik ade bas lain yang datang. Thanks uncle pecut tahap Impak Maksima.
Ni problem yang ketiga pulak, ade lagi sesi tunggu menunggu bas nak ke Tanjung Malim pulak. Entah berape lama aku tunggu. Malas nak tengok jam. Aku  pun merewang kejap kat kedai majalah kat Sungkai tu cari majalah DARA.COM yang tiut tu.. yeeay dapat.. lepas tu sambung balik sesi menunggu sampai la bas Star Coach yang seat tercabut tu datang.. Nana awal-awal lagi dah sampai Tanjung dah. Punya la die risau kat aku call dengan teks dia je yang aku dapat.. huhu.. sayang aku leteww kan!!..haha

Lepas tu adelah adegan pertemuan yang diibaratkan pertemuan yang seplohribu tahun terpisah..*kononnye la.* jumpe je Nana, die terus cakap aku KEREMPING,.. kurang asam jawa kaw Na..die dengan ehem2 dia lepas tu dengan sorang lagi kawan die Juju namanya..nama penuh tak sempat pulak aku siasat.. maklum la aku ni tak pandai nak ngorat orang *Juju tu pompuan ngekk tak payah nak ngorat la makcik, tanya sudah la*mula-mula ingat Juju ni malu-malu,..lama-lama sempoi je..best ar kenal Juju

Lepas tu aku pergi la CCY a.k.a kedai buku coz nak mengabeskan baucer buku si Nana tu. Merewang kat atas cari buku. Sempat pulak si Nana ni rembat Novel. Hantu novel betul minah ni. *cakap orang kaw pun sama la atin oi*. Pastu gi cari benda alah lain pulak kat tingkat bawah. Aku rembat sticker pink dengan staples (dawai kokot a.k.a dawai stapler)

Mulalah masing-masing perut rasa kruq kriok kruq bunyi tanda tak menyumbat makan lagi kat perut ni. Dengan persetujuan yang adil lagi saksama serta bijaksananya, kitaorang pergi KFC dan bermulalah sesi mencekik kat situ. Tapi ayam dia masin sikit ar. Dah la masin, kecik pulak tu. Tak kenyang aku makan *masin pun kaw melantak sampai abes atin oii*. Lapar weyh lapar. Bagi ape pun abes.
pink tu NANA, merah tu paham-paham sendiri la, yang biru tu JUJU

Lepastu kan,.. you know what. Aku jumpa my super duper cute de very the miut of my dream car iaitu MINI COOPER *ayat ape kaw guna ni*so verangan jap..haha.
oh my lalink i love you.. muah..muah..muah

Lepastu follow dorang pergi kedai topup. Time tu aku rembat cover phone untuk galaxy Yayang aku. Dah lama cari jenis getah warna ungu. Baru arini jumpe. Rembat la. Terbang RM10..bye bye money..huhu.
Disebabkan ayam KFC yang kecik serta tak mengenyangkan my tummy. So aku beli la ice-blended with the pearl jelly tu.. sejuk tekak aku ni.. yummm sedap.. dorang minum air tu, pakat-pakat buang jeli tu kat jalan. Konon tinggalkan jejak blues clues la tu,..pegidah..tu namanya membazir tau tak. Haha.
kenapa awak sedap sangat.. ice blended chocolate + cappucino + pearl jelly = yummy

And then, bermulalah sesi berkaraoke tak ingat dunia. Yeay dapat nyanyi lagu faveret aku 2 kali kaw..  lagu Ramalanku Benar Belaka= Umbrella. Layan jiwang hari ni kaw yer atin. Juju duet dengan aku. Cayalah Juju. Sepp sikit..*high 5*. Agak-agak masuk mentor lepas tak. Verangan lagi.
 "waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama"..feeling kaw nyanyi yer cik atin

 #selca with the microphone


 yang ni lagu safura.. jangan menangis sayang..yer kot..lupa la tajuk lagu dia...haha



















kita minum dulu!!..penat memekak


Lepas abes tu, time to balek lah. Dah si Nana pulak yang nanges. Besa la nama pun bercintun. Malas nak amik tahu sangat. Dapat tenangkan si Nana tu je la. Dalam bas tu boleh pulak bergwiyomi.. lantak kamu la.

Dah sampai Sungkai, berpisah la kitaorang. Tak payah nak sedih sangat la. Macam tak boleh jumpe lagi je. Time to merayap sorang-sorang. Kalau balik rumah pun rase awal sangat la pulak. Merewang kat my one shop kejap cari barang mekap. Saya suka, saya suka *tiru suara MeiMei dalam Upin Ipin jap*

konon photoshoot kena tiup angin la ni..verangan betul cik atin ni

Dah abes shopping gerak la pulak ke Bidor. Beli barang lagi kat Gurdian. Beli tisu dengan solution untuk lens. Lepastu lepak kat kedai Ieda kejap sementara tunggu mama amik. Dah lepas tu follow pulak mama pergi pasarayaku cari baju putih untuk kerja. Lepastu kan…cik atin ni Nampak la Blouse Peplum yang teramat la cantik plus murah. Zapppp!! terus dia rembat. RM 15.90 sape yang tak nak. Kalau tak beli rugi weyh. Layer peplum tu.. kaw hado? Hahaha. Lepas misi nak memperbetulkan spek yang dah longgar. so kite pergi ke YES OPTICAL sebelah pasarayaku tu yer..haha

 #selca

betulkan spek yang dah longgar. 


And then aku pun balik.. arghh penat. Seronok weyh dapat realesed tension. Hileng segala masalah dengan karaokenye, shopping lagi..happening la..best…

kau milikku..huahuahua

barang-barang berjaya digapai..


item-item:
majalah DARA.COM = rm 5.00
naturactor =  rm 9.90
eyelash glue = rm 4.90
fake eyelashes = rm 4.90
contact lens storage = rm 2.90
getah rambut (3) = rm 1.90
headband = rm 2.90
white eyeliner = rm 1.90
MAC eyeshadow (bukan ori) = rm 17.90
baby wipe = rm 2.50
pink sticker= rm 3.50
staples = rm 0.50
contact lens solution = rm 4.90
tisu gurdian = rm 1.00
layered peplum blouse = rm 15.90
rubber phose case = rm 10.00


sekian..hahahaha


Wednesday, May 15, 2013

Hadiah BAJET Hari Guru


Assalamualaikum.. <3 p="">

Firstly, nak wish kat semua yang bergelar pendidik tak kesah la yang mendidik anak murid ke, yang mendidik orang dewasa ke ataupun yang mendidik haiwan peliharaan mereka supaya tak berak merata-rata, yang penting beliaw seorang pendidik. hehe

Back to the story, semalam, aku dengan adik bongsu mintak mama temankan belikan hadiah untuk hari guru. Pastu mama kata dia malas and then cakap..”hari ibu, adik tak bagi kad pun kat mama”.. ok mama tacink disitu.. lepas tu mama wat muka selamba rock gi makan lepas makan tengok tv and lepas tu mama masuk bilik tidor.. bayangkan pukul  8.30 mama dah tidor. Dasyat disitu. Memang tahun niat aku nak bagi hadiah kat cikgu pun. Ye la, last aku bagi hadiah kat cikgu pun time sekolah rendah kot rasenya. Masa form 1 sampai form 5 aku duduk asrama just wish kat cikgu je. Tak beli hadiah pun. So aku decide tahun ni tahun akhir aku kat SEKOLAH, so aku nak bagi la kudap kudip hadiah kat cikgu sebelum aku menjejakkan kaki melangkah keluar dari kepompong sekolah *ecewah ayat jiwang you*. Memang niat nak bagi pun.

Aku pun dok kerah otak nak wat ape untuk hari guru and then aku dapat idea. Aku masuk bilik, tutup pintu kunci*itu pun nak citer ke*. Mula la start punggah barang menjahit. Aku guna kain felt yang dah lama aku beli tak tak guna pun and timbul idea nak buat love strap gitu la. First ingat nak buat untuk cikgu Lily je yakni cikgu ekonomi aku yang terchenta, tapi piker-pikir balik why not aku buat untuk semua cikgu mata pelajaran. Ye la, kalau tak mula tarik muncung 5 kaki 5 inci cikgu-cikgu aku ni, dan mula berpaling tadah 360 darjah sebabkan merajuk..huhu..dan ini hasilnya...jeng jeng jeng...

comel tak?..pandai cik atin ni buat kan..haha *puji diri sendiri kejap*.semua nama cikgu aku ringkaskan je supaya nama lebih urban dan nak bagi cikgu-cikgu berasa diri mereka remaja *remaja la SANGAT* serta nak mewujudkan gaya manimalis supaya kelihatan comel tahap maximalis..*ayat ape ko pakai ni atin*. kalau pakai nama penuh mana muat weyh. dah la barang nak buat benda ni terhad serta ekskulif *poyo ar kaw atin oii*

bekas biskit Famous Amos a.k.a bekas alat jahit, bantal untuk sit kereta ayah yang dah rabak tapi aku amik kapas kat dalam tu je..berguna tu, serta kain felt yang dah macam roti kirai.

Seriusly hadiah yang aku buat ni a.k.a handmade, memang satu sen pun tak keluarkan duit.nak tahu kenapa ni sebabnya semua barang tu ade kat rumah hatta paper bag pun hasil daripada simpanan aku. almaklumlah aku ni jenis yang suka kumpul-kumpul barang yang boleh pakai dimasa hadapan.. macam paper bag , asal gi kenduri je, paper bag tu aku tak pernah buang.. kitar semula la katakan

cik LILY a.k.a MAMA LILY

CIKGU LILY SUBRAMANIAM:  thanks  cikgu sebab ajar ekonomi, bagi latihan yang banyak tapi ada yang saya tak hantar *sorry*. Sedia bantu saya tatkala saya tak paham and tolong terangkan kepada saya bila saya tak datang sekolah.tolong Photostat kat bahan pembelajran untuk satu kelas. Sanggup datang dari jauh untuk buat kelas tambahan. Terima kasih bebanyak cikgu.


puan NOREHAN a.k.a MAMA HAN

CIKGU NOREHAN HARUN: terima kasih cikgu sebab ajarkan geografi, bagi keterangan terperinci tentang subjek ni siap ade tunjuk video pasal lapisan ozon lagi *ingat lagi video comel tu* ,wat lukisan tentang geografi bagi saya senang paham.tolong bagi latihan walaupun kekadang tak hantar. Bagi ujian dan Alhamdulillah markah saya ok dan saya mintak maaf kekadang saya tidor dalam kelas. Terima kasih bebanyak cikgu


en JUHAIZAM a.k.a PAPA JOE

CIKGU JUHAIZAM JAAFAR: terima kasih sebab ajar pengajian am a.k.a PA,  tunjuk cara nak buat graf, terangkan tentang isu-isu semasa, terangkan teknik menjawab karangan dan struktur.mintak maaf sebab saya tidor dalam kelas cikgu. Terima kasih cikgu.



puan HASMAHANI a.k.a MAMA HAS

CIKGU HASMAHANI HASHIM: terima ksih cikgu sebab ajarkan pengajian perniagaan a.k.a PP, tolong sedikan nota yang ringkas tapi padat+mantoop+muktakhir,terang tentang PP dari bab ke bab bagi satu kelas paham. Sentiasa senyum yang dapat menghappy kan mood kitaorang nak belajar. Sorry kalau saya ade tidor dalam kelas. Terima kasih cikgu


en RIDZUAN a.k.a PAPA ONE

CIKGU RIDZUAN OSMAN: terima kasih cikgu sebab ajar subjek PP, tunjukkan cara teknik menjawab dengan betul,terangkan contoh berkaitan PP sampai cikgu wat gaya jalan mengundur bagai tapi comel macam teletubies. Terima kasih sebab buat GWIYOMI *comel*. Thank sebab kritik kek saya ala-ala masterchef gitu*tangan dibahu mata keatas*.haha..sorry cikgu kekadang tak hantar latihan..anyway terima kasih cikgu.

harap memasing cikgu takde la tarik muncung berdepa-depa lagi.. tapi yang aku risau pulak, memasing nak tunjuk sape punya paling lawa..haha..main lawan-lawan bantal la cikgu-cikgu sekalian sampai keluar kekabu. nasib la..harap tak gitu lah hendaknya.. tapi kalau ade pun aku nak join jugak..boleh feeling main salji..*ting-tong dah haku ni*

packaging pun haruslah nampak ekslusif walaupun barang tu barang murah yang tak perlu keluarkan modal.


labeling serta kad ucapan ringkas mestila kena ade. nama pun eksklusif kan.. haha

tambahan: lepas dah siap benda ni, aku tunjuk kat adik aku. time tu dia tengah berusaha wat kad yang buruk kat mata aku tapi makna dia sangat mendalam bagi seorang murid yang menghargai jasa guru mereka. akak tabik kat kamu adik. so, lepas aku tunjuk benda alah ni kat die, die pun dengan muka kesiannya tahap gwiyomi mintak tolong aku buatkan untuk cikgu die. cikgu Balqis cikgu seni die kot rasenya.



so, moral of the story, gunakan daya kreativiti anda dengan bereksperimentasikan barang-barang yang ade kat dalam rumah untuk dijadikan hadiah.*cewah*. tak salahkan kalau sekali sekala jadi kreatif dan yang penting ianya menjimatkan sebab tak perlu keluar modal banyak and then,one of the most important thing is niat mestilah ikhlas dari dasar lubuk jeram tasik hati *nah kaw cik atin dah merepek*

thanks for reading... <3 p="">

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Mama

Assalamualaikum..

rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu, tak kesah la sama ada ibu kucing ke, ibu beruang kutub ke, ibu beruang koala atau panda sekalipun, janji beliaw adalah seorang ibu. hehe

sebenarnya nak wish hari ibu ni kat mama tersayang SARIMAH BINTI SOFIAN yang telah bergelar ibu selama 19 tahun kepada 4 orang anak beliaw yakni 1 puteri dan 3 putera. Tahniah wahai bondaku..nak bagi award ape erk? hehe

MAMA..
~terima kasih sebab mengandungkan along lebih dari 9 bulan 10 hari..(aku lahir lambat la..sepatutnya jangka lahir 31.8.1994 tapi degil sangat taknak keluar, tu yang keluar esoknya..rugi betol lau tak dah jadi anak merdeka dah)
~terima kasih sebab time mengandungkan along tu mengidam KFC tu yang sampai sekarang tak jemu dengan ayam goreng KFC.
~terima kasih sebab jaga along dari kecik sampai ke besau dah ni dan dah boleh kawen pun
~terima kasih kerana breastfeeding for me..kerana susu ibu itu banyak khasiatnya dan makanan terbaik dalam dunia.
~terima kasih sebab selalu dengar along luahkan perasaan dan pot pet pot pet gosip bersama di kala petang di bawah pokok ceri.
~terima kasih sebab jadi sponsor untuk along untuk shopping
~terima kasih sebab paksa along telan ubat batuk yang cair dan pahit kuasa kuda tu dikala along demam
~terima kasih sebab pinjamkan bahu mama untuk along nanges dikala along tension
~terima kasih sebab ajar along masak, dari tak pandai goreng telur sehingga dah pandai buat kek
~terima kasih sebab bagi baju mama yang tak boleh pakai tu kat along..hehe
~terima kasih sebab jadi penasihat, peneman dan pembangkang dikala memilih baju,beg dan kasut masa shoping raya
~terima kasih sebab sidai baju along tiap pagi time along sekolah
~terima kasih sebab masak yang sedap-sedap tiap-tiap hari untuk anakmu yang jenis kuat makan ni
~terima kasih sebab jadi teman bergelek time dengar lagu dangdut
~terima kasih sebab kejut along bangun pagi dengan suara bingitmu..(kalau tak bingit sah-sah tak bangun)
~terima kasih sebab tiap-tiap tahun tak pernah miss bagi duit raya walaupun "saya dah besar"
~terima kasih sebab hantar along tiap-tiap hari ke sekolah
~terima kasih sebab beli chipsmore seminggu 4 kali untuk kitaorang yang hantu chipsmore termasuk la ayah
~terima kasih sebab teman along layan slot cerekarama, akasia, lestary dan zehra kat TV3, pastu pakat lap airmata dengan baju memasing
~terima kasih sebab jadi penasihat kewangan kepada anak-ankamu sekalian
~terima kasih sebab buat laksa sangat la menepati kehendak dan keperluan tekak along yang cerewet pasal kuah laksa.


TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA MAMA..I LOVE YOU FOREVER..TANPA MAMA SIAPA LA ALONG SEKARANG NI..MUAH SETEMPEK