Wednesday, December 12, 2012

6 styles in 1 hijab



Assalamualaikum..new entry untuk blog puteri alam fantasi menjelma lagi..tapi bukan berkaitan dengan cerita putera alam fantasi yer..takmo..takmo..takmo..hehehe…saja nak tulis entry berkaitan HIJAB…haa..terkejut tak?? Rasanya tak pun…laka laka…fesyen tudung sekarang ni makin lama makin hangat macam goring pisang panas..so tak hairan la sekarang ni banyak blog and website yang jual tudung secara online mendapat untung lebih banyak berbanding kerja makan gaji…tak pandang kat situ je…banyak majalah muslimah pun ade yang iklankan banyak websites tudung dan kedai-kedai yang menjual tudung trend terkini…pengemar tudung pun apa lagi…takkan nak diam je laud ah tengok tudung yang berkenan kat mata dorang, apalagi sambar la,,hehe(shopping time)
Tapi kadang-kadang tak perlu la nak membazir nak beli tudung yang kita sendiri tak mampu beli.. walaupun mempunyai tudung yang sedia ada, tapi kita boleh olah gaya tudung tu menjadi gaya tudung yang trendy dan cantik..macam aku..hihihihi.. hanya berbekalkan sehelai tudung bawal bercorak, inner Syria, pin, jarum peniti, keronsang dan rantai hiasan.., aku boleh jadikan sehelai tudung tu dengan 6 gaya…

 hahaha..cik atin ni, ingat die sorang je ke yang ade mata


 ni gaya loose style yang bebudak skunk suke buat untuk shawl dan bawal

 ni gaya bawal yang biasa orang buat ikut new trend sekarang


 ni pulak di macth kan dengan inner syria sabagai base untuk gaya lilit ala-ala shawl gitu


 ni pulak inner syria memainkan peranan penting untuk membuat gaya yang seakan-akan kita pakai hijab syria


 ni rasanya ramai yang tahu gaya fesyen ni. dan paling simple


Okeyh tak?…kadang-kala kita perlu untuk mencipta sesuatu yang kita rasa kita mampu buat…tak semestinya perlu beli tudung yang berlainan untuk satu gaya hijab.. dan tak semestinya tudung tu mahal boleh menampakkan kita ni muslimah trendy… salah tanggapan tu sebenarnya.. kalau dikaji balik, tudung yang rm5 pun boleh menampakkan seseorang tu memakai tudung yang berharga rm50.. dan apa yang penting gaya tersebut perlu lah selesa dengan diri sendiri.. jangan nanti kalau dah buat sesuatu gaya pelik untuk tudung tu, diri sendiri pulak yang rasa tak selasa atau rimas, tu semua bergantung pada keselesaan diri sendiri so jangan nak menyeksa diri. Dan ingatlah berhijab bukan untuk over tapi berusaha untuk mengelakkan diri dari api neraka.

No comments:

Post a Comment