Tuesday, June 18, 2013

resepi: puding karamel gojes vavavoom..

Assalamualaikum.


Bersempena dengan tajuk di atas. Haha.. mesti ramai yang baca benda ni tengah menitik-nitik air liur jatuh tap tap kat lantai sebab tengok gambar puding karamel gojes yang aku buat ni. Haha.. perasan .. ok nak citer sikit la petang tadi punya cerita. Tadi, lepas abes taklimat pbs untuk kerja projek perniagaan perniagaan yangsusahtahapberuangkutubputihgebugebu tu, aku pun bukak la lappy nak cari resepi. Tetibe teringat “eh, dah lama aku tak buat puding karamel” (cakap dalam hati) so aku search la resepi puding karamel. Dulu pernah buat dan resepi pun still ingat lagi, tapi sesaje tangan ni gedik nak cari yang lagik senang. Namun tidak ku temui..huhu.. last-last guna resepi sendiri je la.. cepat salinn.. haha

Bahan-bahan:

Untuk puding-
1 tin susu cair
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla

Untuk caramel:
15 sudu besar gula pasir
5 sudu besar air

Cara-cara: untuk puding
1.pukul telur dengan gula kastor sampai sebati. Ikut suka la nak guna mixer boleh nak pukul dengan tangan pun boleh. Seeloknya pakai tangan la.

2. lepas tu masukkan esen vanilla dan susu cair. Kacau sampai sebati

3. masukkan tepung jagung. Kalau nak guna tepung kastad pun boleh. Fungsi die sama je.

4. dah siap tu. Ketepikan dulu untuk buat karamel

adunan untuk puding dah siap. step seterusnya buat gula karamel

Cara-cara: untuk karamel
1.masukkan 15 sudu besar gula dalam perik kecil atau kuali dan tambah sikit air (biar sama paras dengan gula tu je). Panaskan gula tadi atas api dan biarkan cair hingga warna dia berubah jadi perang tapi jangan sampai hangus pulak.

2.  Lepastu angkat gula karamel tadi tu dan tuang kat dalam loyang. Ratakan seluruh dasar loyang tu.(bila dah rata jangan biar lama, kalau tak nanti gula karamel tu mengeras. Bila dah karamel tu dah keras ,nanti pudding tu hancur bila kita nak terlangkupkan.

3. Atas lapisan gula karamel tu tadi, tuangkan adunan pudding yang dah dibuat tadi. Lepastu kukus selama 30 hingga 40 minit. Pandai-pandai la korang agak.

4. Kalau dah siap dan korang tengok kat tepi loyang tu air gula macam dah cair. So korang boleh la terlangkupkan. Buat perlahan-lahan tau nanti comot pulak pudding korang tu. Have nice trying.


hasil yang dah siap..gojes tak tak kak toon..haha


Lepas dah buat tu. Aku post la gambar pudding ni kat instagram aku. Berdesup kak Fatin Nabila tanya macam mana nak buat pudding ni dan die suruh ajar.  Kak Fatin Nabila ni senior aku time sekolah asrama dulu. So, aku dah tunaikan permintaan die..ceewah.harap semua paham la erk aku explain tadi..hehe..


cantik tak tekstur die..hewhew

Ingatnye nak bawak la bekal kat sekolah esok. Hampeh of the hampas. Ayah dah rembat separuh. Nak bawak mendanya. Adek-adek aku balik mengaji dihadapnya pudding tu. Tinggal kat aku secoet je. Kurang asam belimbing betul. Takpe, sok lusa boleh buat lagi.. kan..kan..haha. so, selamat men-try..hikhikhik


resepi: Pavlova

Assalamualaikum..

Hari nak share la pasal resepi pavlova yang senang tahap  beruang kutub.aku buat pavlova ni masa time cuti sekolah haritu. Biasela, kalau dah mama kerja, aku yang conquer dapur tu. Hahaha.  Memula kawan aku ade bagi resepi ni, die suruh aku try buat. So dengan rasa terharunya aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kat die. Pastu dia boleh pulak cakap “atin, resepi ni aku copy kat internet je..huhu” huhh!!. Hampeh of the hampas betul ar. Akuni mati-mati la ingat itu memang resepi die rupa-rupanya resepi dari BLOG sis Zila Zainal ni. Thanks sis sebab share resepi ni.

Bahan-bahan
-4 biji telur (ambil putih sahaja)
-1 cawan gula kastor (kalau nak kurang manis, guna 3/4 cawan gula je)
-1/2 sudu kecil esen vanilla
-2 sudu besar tepung jagung
-1 sudu kecil cuka @ lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna)(tapi aku tak letak pun sebab xde cuka kat rumah)
-buah-buahan ikut citarasa anda contoh strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak serasi dengan manis pavlova tu. kalau buah pun manis,nanti manis pulak rasa.(Jangan risau untuk guna buah-buah yang masam-masam, sebab bila dah bercampur-campur, masam tu dah tak rasa dah, lagi sedap lagi ada)

UNTUK TOPPING ;- 
-1 cawan WHIPPING CREAM
-1 1/2 sudu besar gula kastor
-1/2 teaspoon vanilla
#boleh juga guna buttercream.cuma tambah 1 cawan butter dengan 1 cawan shortening(lemak sayuran) dan gula aising,,putar sampai ringan


Cara-cara: meringue (adunan pavlova)
1.Pukul putih telur sampai kembang. Jangan lupa masukkan sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis. Pukul sebati. Putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh.
2.Kemudian ayakkan tepung jagung ke dalamnya. Jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar. Kacau dengan cara balik kuap.
3.Masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak. Ratakan. Bentukkan sesuka hati ikut citarasa anda. (aku alas guna kertas A4 je..haha)
4.Bakar 150 darjah celcius selama sejam. Bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. Jika retak sedikit tidak mengapa. Kemudian keluarkan dari oven ( kalau oven tu jenis yang overheating kurangkan suhu pembakaran ke 130 darjah celcius takut nanti hangus)

Cara-cara: topping
1.Untuk topping ,masukkan semua bahan dan putar hingga kental.
2.Guna sudu ratakan atas pavlova. Bolehlah susun buah diatasnya.(aku guna buah angur hijau yang masam je)
3.Sedia untuk dimakan. Boleh jugak nak masukkan dalam peti ais dulu kemudian baru makan. Lagi sedap macam tu untuk kurangkan muak kat cream tuu..




Aku tak sempat nak snap gambar yang dah siap. Batery phone kong sebab dah 2 hari tak charge.ltak sempat nak tunggu batery phone tu full, kitaorang adek beradek dah hadap pavlova tu sampai habis. biasa la lapar..hehe. So korang tengok yang ade kat dalam oven ni je la erk. Sorry and have nice trying.

Friday, June 14, 2013

hargailah masa disekolah

Assalamualaikum..

Hurmm.. pejam celik pejam celik dah masuk bulan June pun.. tak lama lagi nak puasa. Lepastu dah nak exam. And then say good bye to Form 6. Huhu..sedih pulak rasenya.

Perasan tak. Bila kita masuk sekolah rendah kita rase rindu nak balik ke tadika. Bila kita masuk sekolah menengah tambah-tambah lagi kalau dapat tawaran masuk sekolah berasrama. Rasa rindu je nak balik kat sekolah rendah balik. Lepas habis SPM confirm la rasa rindu tahap beruang kutub dengan kawan-kawan sebaya masa sekolah menengah, rindu dengan asrama, rindu dekat warden, rindu dekat makcik tukang masak kat dewan makan, rindu dekat aunty tukang sapu, rindu kat cikgu-cikgu sekolah. Bak kata pepatah sedangkan tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menunutut ilmu..hewhew..


Dan berkemungkinan jugak lepas abes form 6 mestilah rase rindu dekat cikgu-cikgu Form 6, dan semestinya rindu kat kengkawan. Confirm nye. So hargailah masa anda disekolah. Tangkaplah gambar banyak-banyak masa kat sekolah. Haha.. (nama je pengawas tapi bawak phone kat sekolah) hahaha.. =)

mesti akan rasa rindu pepagi nak bersiap secara RUSHING nya sebab pergi sekolah macam ni


rindu kelas lower six dulu. T_T. sebab kelas ni ade aircond and kipas sampai 6. memang cool + cold la..



time lower six...huwarghh rindu



kelas upper six yang agak panas tapi selalu menang kelas paling ceria tiap minggu..hehe..dan juga dilabel sebagai kelas paling bising.



dewan bestari a.k.a dewan kuliah untuk tayangan LCD khas untuk Form 6 je.. kat sini la aku selalu ber-instagram secara sulit..hahaha