Wednesday, December 12, 2012

mula taksub bolasepak



Assalamualaikum.. dan salam satu Malaysia..amboih..haha, ade gaya penyampai berita TV3 tak? Merepek betul,.ni dah tak tau entry yang keberapa..almaklumlah, umah cik atin tak kemudahan nak berinternet, so kedai kek happy angel je la tempat cik atin bergantung pada wifi untuk beronline disamping mengenyangkan perut,. Sampai staf yang kerja kat sini pun dah kenal aq merangkap pelanggan tetap kedai dorang..haha, sabar ye kak..pendek kata hari ni blog puteri alam fantasi ni memang penuh dengan latest entry,, haha, latest tu tak la latest sangat sebab dah lama simpan just malas je nak menaip..kihkihkih.(gelak comel)

Entry ni plak nak citer pasal ketaksuban aku terhadap bola,. Memula tu memang aku tak suka permainan bolasepak ni. Yela maen kejar satu bola pastu laud ah dapat bola pas plak ket orang laen, pastu kejar lagi, buat letih badan, sakit kaki je lau maen. Kita yang tengok pun sakit ati. Tapi time Malaysia lawan Laos untuk ke peringkat semi-final piala Suzuki AFF 2012, dengan tak semena-mena je tangan aku yang tetiba  gatai ni tertekan TV1, and time tu Malaysia dah bantai 2 goal. Apa lagi, kemaen semangat aku tengok sampai la Malaysia lawan Thailand skrang ni. Walaupun penyokong kat stadium tu takde tapi penyokong kat rumah ade.hehe.. Bila dah tengok Harimau Malaya beraksi lincah di padang, tetiba aku rasa best plak tengok bola ni tambah-tambah kalau tengok Malaysia lawan dengan pasukan dari negara lain. Walaupun aku tak berapa nak kenal sangat pemain bola skuad kebangsaan tu, tapi sekurang-kurangnya aku kenal semangat dorang yang berjuang untuk Malaysia ..cheewah,,. Selamanya.. Harimau Malaya!!. <3 span="span">

Dan lepas ni confirm jersi pasukan Harimau Malaya akan turut memenuhi ruang almari baju cik atin,. Tapi bukan yang warna kuning tu, sebab cik atin nitak pernah berminat dengan warna terang tu. Kalau jersi biru tu ye..haha,. dan lepas ni nak cari poster Harimau Malaya nak tempek kat pintu bilik cik atin,. Ni la baru dikatakan semangat kesukanan..haha, melebih betul.. tak salah kan.,majulah sukan untuk Negara …kuang3
Dan lepas ni kalau ade game, confirm aku duduk depan tv 10 minit awal. 
Jangan memain kalau cik atin dah bersemangat cenggini ler jadi nyer..wahaha..

segala-galanya mini bagiku



Assalamualaikum, anyeonghaseyo,moshi-moshi, hello, selamat sejahtera,haha, saje je nak starting yang agak-agak biol sikit arini,. Almaklumlumlah time cuti sekolah ni cik atin jadi biol sikit sebab dilanda kebosanan yang melampau. Haha dah meluahkan perasaan yang terbuku dihati dah ni.

Entry kali ni nak luahkan pasal rasa ketidakpuasan hati cik atin. Sampai hati ayah dengan mama pakat nak mengutuk kereta yang aku suka sejak form 4 lagi..kurang asam keeping, asam gelugor, asam jawa, asam jeruk dan segala-gala jenis asam la. Panas je hati aku ni tahan sabar diorang kutuk MINI COOPER tu tak comellah, kemetotlah, kototlah, kerdillah macam-macam..tapi bagi aku Mini Cooper tetap dihati walaupun banyak kali dikutuk oleh parents aku, it’s so cute to me.  Haha, dah macam ayat cintan dah. Pernah sekali time terkandas dalam jam masa nak balik kampong dulu, Mini Cooper tepi aku je, apa lagi tak lepas pandanglah mata aku usha kereta tu…kejap keta tu kat depan, kejap keta tu kat belakang. Aku tengok je,berkedip-kedip..haha nak kata tak berkedip tu tipulah, mau pedih mata aku mata tak berkedip. Start tu aku simpan je hasrat nak Mini Cooper tu parking depan umah aku dan yang penting Mini Cooper tu hak aku dan takde sape yang boleh sentuh termasuklah ayah sendiri, kejam betul anak dara Sahidan yang sorang ni. Bila aku cakap kat mama yang Mini Cooper la keta kegilaan aku, mulalah mama buat pesanan penaja yang takde kat mana-mana events ataupun siaran televisyen termasuklah astro. Hebat tak?. Haha pesanan ni memang eksklusif dan limited edition dari mulut Puan Sarimah kepada semua anak anaknya. Haha, nak tau upe mana., meyh aku nak share sikit. ” Tu lah, mama suruh along belajar pandai-pandai, lepastu dapat kerja yang bagus-bagus, hidup sape yang senang, diri along jugak, boleh beli apa yang along nak,boleh pakai ape yang along nak pakai, boleh pergi kat mana along nak pergi Korea ke, Nepal ke suka hati kamu lah, mama dengan ayah taknak  apa-apa pun dari anak-anak dia, cukup kalau dah dapat tengok anak dia berjaya jadi orang berguna. Along tak kesian ke tengok ayah, gelap-gelap hari dah start motor pergi kerja, semata-mata nak cari rezeki, nak bagi anak dia cukup makan pakai, cukup belajar, cukup belanja. Jangan hampakan ayah ye nak”. Aku pulak yang jadi sedih..sob sob sob…dah dah, takmo lah nanges-nanges..haha.. and bila tengok iklan pasal peraduan kira bucket kfc dalam Mini Cooper tu, mama mula la melalak panggil aku.aku ingatkan ape halnya, ghupenye benda tu, aduhai mama. Memang saje je nak mengenakan aku. Sabar ajelah cik atin oitt, mak sapa la tu/ mak cik atin la,.like daughter like mother,. Eh terbalik, biaq pi la kat dia nak terbalik ke, nak terguling ke, nak terterap ke, nek berlunjur ke  cik atin kesah ape, ni blog dia, suke hati la,.haha..berlagak..huh

keinginan mempelajari sesuatu yang baru



Assalamualaikum. Hari ni puteri alam fantasi nak berceloteh pasal nak belajar sesuatu yang baru yang tak pernah buat lagi sebelum ni.(wah..berkobar-kobar)...

Firstly, rasa nak sangat belajar main gitar sampai mahir mandendangkan sebuah lagu…rasa nak belajar main gitar ni sebenarnya dah lama, start tengok yuna perfome atas stage dengan gitar…rasa tu timbul dan terfikir, kalau lelaki boleh main gitar kenapa perempuan tak boleh main,. Dari situ timbul satu semangat nak ada sebuah gitar untuk diri sendiri, dan belajar main dengan orang yang mahir.. mungkin suatu hari nanti. Insyaallah, cik atin mesti boleh..majulah fatin untuk negara.. chewah,kemain lagi semangat yang berkobar-kobar..haha, sekali sekala x salahkan?.. huhuhu


Secondly, nak mempelajari bahasa Mandarin, bahasa Korea dan tulisan Hangul.. why not? Itu satu kelebihan bagi seseorang yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai jenis bahasa. Kalau interview sesuatu kerja mungkin peluang yang cerah untuk mandapatkan jawatan tersebut. Dan lagi satu, kalau pergi negara dorang taklah kena tipu dengan orang asal negara tu,.haha, pandai tak..kihkihkih


Thirdly, nak belajar menjahit baju kurung, keinginan ni daripada kecik lagi, sebab time pergi mengaji dengan arwah opah yang mengajar dulu, makcik yang anak kepada opah tu mengambil tempahan baju kurung. Jadi sebelum start mengaji akan terpandang la kain baju kurung yang lama-lama menjadi sepasang baju kurung yang tergantung di hanger, ye la,, mana tak nya..kalau dah hari-hari makcik tu buat..akhirnya siap,, tu mungkin satu kepuasan bagi makcik tu disamping dapat tambah pendapatannya,.


Fourthly, aku nak belajar fotografi dan teknik-teknik shoot gambar dan editing foto dengan betul. Baru la gambar tu nampak cun n gempak je kalau orang laen tengok,.kan kan..hehe. aku pun dah lama simpan hasrat nak memiliki kamera DSLR NIKON sendiri. Tak dapat Nikon pun, kamera EOS CANON pun jadilah..haha ni dah melebih cik atin sorang ni..haha,.bukan selalu pun..dah lama makan hati dengan oghang-oghang yang dah lama ada benda alah tu. Cemburu merangkap jealous ni tau tak..haha. inyaallah cik atin boleh.. go go power rangers..haha,,merapu


Fifthly, aku nak belajar selam scuba, ataupun dikenali sebagai scuba diving, (sama aje la cik atin oitt..) sebab ape nak tau, hehe sebab aku nak tengok ikan nemo tu secara dekat-dekat depan mata sendiri,bukan dalam akuarium tapi di dasar lautan habibat semulajadi menatang tu. Haha, macam tak logic kan tapi tu la hakikatnya, cik atin ni dah lama kena sawan dengan kecomelan tahap gaban ikan nemo ataupun nama English nye Clown Fish. (Paraak dah cik atin ni,.) Start tengok citer Finding Nemo tu, start tu jugaklah aku ni dah angau kat cartoon ikan tu. Tapi tak la fanatic sampai nak beli patung dia bagai. Haha, lagi satu, scuba diving ni boleh jadi penyelamat aku yang tak pernah belajar berenang nih.dari situ aku boleh timba pengalaman untuk belajar sesuatu yang berpekdah tak lah buang masa dok umah goyang kaki makan tidor je kojernye.. betul tak..kan, kan, kan.

6 styles in 1 hijab



Assalamualaikum..new entry untuk blog puteri alam fantasi menjelma lagi..tapi bukan berkaitan dengan cerita putera alam fantasi yer..takmo..takmo..takmo..hehehe…saja nak tulis entry berkaitan HIJAB…haa..terkejut tak?? Rasanya tak pun…laka laka…fesyen tudung sekarang ni makin lama makin hangat macam goring pisang panas..so tak hairan la sekarang ni banyak blog and website yang jual tudung secara online mendapat untung lebih banyak berbanding kerja makan gaji…tak pandang kat situ je…banyak majalah muslimah pun ade yang iklankan banyak websites tudung dan kedai-kedai yang menjual tudung trend terkini…pengemar tudung pun apa lagi…takkan nak diam je laud ah tengok tudung yang berkenan kat mata dorang, apalagi sambar la,,hehe(shopping time)
Tapi kadang-kadang tak perlu la nak membazir nak beli tudung yang kita sendiri tak mampu beli.. walaupun mempunyai tudung yang sedia ada, tapi kita boleh olah gaya tudung tu menjadi gaya tudung yang trendy dan cantik..macam aku..hihihihi.. hanya berbekalkan sehelai tudung bawal bercorak, inner Syria, pin, jarum peniti, keronsang dan rantai hiasan.., aku boleh jadikan sehelai tudung tu dengan 6 gaya…

 hahaha..cik atin ni, ingat die sorang je ke yang ade mata


 ni gaya loose style yang bebudak skunk suke buat untuk shawl dan bawal

 ni gaya bawal yang biasa orang buat ikut new trend sekarang


 ni pulak di macth kan dengan inner syria sabagai base untuk gaya lilit ala-ala shawl gitu


 ni pulak inner syria memainkan peranan penting untuk membuat gaya yang seakan-akan kita pakai hijab syria


 ni rasanya ramai yang tahu gaya fesyen ni. dan paling simple


Okeyh tak?…kadang-kala kita perlu untuk mencipta sesuatu yang kita rasa kita mampu buat…tak semestinya perlu beli tudung yang berlainan untuk satu gaya hijab.. dan tak semestinya tudung tu mahal boleh menampakkan kita ni muslimah trendy… salah tanggapan tu sebenarnya.. kalau dikaji balik, tudung yang rm5 pun boleh menampakkan seseorang tu memakai tudung yang berharga rm50.. dan apa yang penting gaya tersebut perlu lah selesa dengan diri sendiri.. jangan nanti kalau dah buat sesuatu gaya pelik untuk tudung tu, diri sendiri pulak yang rasa tak selasa atau rimas, tu semua bergantung pada keselesaan diri sendiri so jangan nak menyeksa diri. Dan ingatlah berhijab bukan untuk over tapi berusaha untuk mengelakkan diri dari api neraka.

kraftangan time holiday



Assalamualaikum.. puteri alam fantasi nak merepek lagi la rasa nya…hhaha  o_0
Tapi kali ni nak cakap pasal kemahiran aku yang x terduga…wahhh..nak tau ape dia?..hehehe..aku ni rupa-rupanya pandai menjahit..waahhh..(keterujaan) tapi memang tak disangka-sangka la…kain felt yang dah lama dibeli tapi tak pernah guna, tetiba aku dapat idea nak buat phone case, dengan strap…aku pun tak tau macam mana idea tu boleh wujud,, maybe sebab aku dilanda kebosanan yang melampau waktu cuti sekolah kot..(hewhew).. secara tak langsung  aku boleh siapkan 1 strap dalam masa 1 jam… strap tu pun, aku reka sendiri dengan jahit nama yana, wan dan nama aku…always be my chinggu…haha..hangul la pulak,,

case untuk phone tu pulak tetiba aku rasa kesian tengok 2 bijik phone aku dah calar balar(sob sob pity you) coz letak kat tempat yang mempunyai permukaan kasar yang boleh menyebabkannya  berlaku kecalaran..(ayat pe nih?) dan tetiba…TIINNNGG!!(sound effect) timbul la idea nak buat case untuk phone ni…berbekalkan lebihan kain felt yang aku buat strap tadi…aku pun start membuat ukuran untuk kedua-dua bijik phone aku tu and then aku start potong kain felt yang dah diukur lepas tu jahit la,(hehehe) ,.. walaupun tak berapa nak cantik..tapi hasilnya memang memuaskan hati orang yang membuatnya…(aku lah tu)















 lagi satu benda yang aku buat,..haha…seutas rantai yang tak berapa nak cantik tapi boleh la tahan..sebenarnya idea nak buat benda ni tak wujud pun..aku just tengok banyak manik berbentuk bulat dalam bekas manik,,dan secara tak langsung aku terus amik benang dengan jarum dan lepas tu main masukkan je manik-manik tu dalam untaian benang tu..and lastly aku ikat reben kat rantai tu…sekali tengok cute jugak hasil kraf aku ni…hahahhahaha
nampak tak? Haha sekarang ni cik atin dah pandai isi masa lapang yang terluang..urmm maybe lepas ni aku nak jahit manik kat baju kurung pulak,,..hahahaahaa..just try k..kalau cantik untuk aku,,kalau tak cantik pun untuk aku…(kihkihkih) yang penting kita tau kemampuan kita dalam menghasilkan sesuatu benda…macam aku..walaupun bukanlah seorang yang professional dalam bidang jahit-menjahit ni, tapi tak salah kalau aku cuba untuk menghasilkan benda yang kita sendiri mampu buat dan yang paling penting tak payah lagi nak bazirkan duit just nak beli satu barang tu…yeahh..aja-aja fighting…nak tempah just call me okeyyh…haha just kidding yooww…