Sunday, April 28, 2013

“STUDY BERSAMA UMBRELLA” versi FATIN SHUHAIDA


Assalamualaikum
Lama aku tak update blog. Entry kali ni dah nak dekat seminggu dah dah terjadi tapi saje nak membasikan benda alah tersebut…story ni pasal gambar instagram aku. Pagi 22 April aritu dalam pukul 6 macam tu la, aku baru lepas habis study and buat notes untuk geografi and then lepastu nak tengok la jam kat phone.. baru sedar rupanya account intagram aku tak log out. Apa lagi aku ambik la gambar meja yang tengah bersepah tu and then upload kat intagram. Masa aku study tu aku suka dengar lagu. Dan lagu yang bertuah aku dengar malam tu lagu daripada kumpulan dulu-dulu UMBRELLA. Ala yang vokalis kumpulan dia yang nyanyi kat ABPBH2012 aritu. Ntah sejak dua menjak ni lagu RAMALANKU BENAR BELAKA memang aku suka dengar. So, dengan sesaje aku tag la nama pemilik suara yang nyanyi lagu tu, iaitu Zarul Umbrella.




Petang tu aku online la facebook kat sekolah. Dah bosan tengok facebook sendiri aku terjah facebook Zarul Umbrella pulak. Nak tahu apa yang aku jumpa.tengok gambar kat bawah


kalau yang ni tak jelas sangat la.

yang ni agak jelas sikit la

Lepas tengok status Zarul Umbrella tu kat facebook. Aku terjah pulak website dengan blog beliau.


lau nak jelas lagi klik KAT SINI








nak usha lebih lagi klik KAT SINI

 Terharu weyh baq hang. Terasa diri ni dihargai la pulookkk. To abang Zarul Umbrella.. thanks a lot for sharing my pic into your blog. I appreciate that. Thank you so much. 

Friday, April 12, 2013

penangan pbs....

assalamualaikum..

calon stpm menyabarkan diri
untuk markah exam mereka
buat pbs setengah mati 
nak tak nak kena buat juga

minggu ni memang budak-budak form 6 sekolah aku memang sibuk dengan pbs sejarah dan pengajiam am. tapi aku sibuk wat pengajiam am je sebab aku tak ambik matapelajaran sejarah, aku amik geografi.. penat woo.. berhari-hari  menghadap lappy je kerjanya. sampai lappy ni pun dah muak tengok muka aku hari-hari.  alhamdulillah sekarang ni semua pbs budak-budak form 6 hampir siap. lepas tu kena ready nak wat presentation pulak.. hadoih.. mintak-mintak la aku tak dipilih untuk ditafsir dengan pentafsir daerah.. lau tak markah low you..tak mau... penat-penat buat last-last dapat markah 5 je..TAKNAK LA!!!!!!!

disebabkan pbs la, aku kurang makan, kurang tidor, kurang baring(coz asyik duduk je), kurang jaga si POU aku tu, kurang tengok phone,kurang study, kurang tengok buku ekonomi, kurang tengok tv, kurang makan cekedis, kurang bersenam(selama ni ade ke bersenam cik atin oii)..

dan disebabkan pbs jugak la. aku terlebih tidor atas meja belaja, terover juga internet, terselalu guna lappy, terlebih menaip, terover menguap + mengantok dalam kelas, terlebih lapar..

begitu besar nya penangan pbs tu kat aku.. ni baru semester 2 kena wat satu pbs je. semester 3 nanti lagi la kena hadap 3 pbs sekaligus..dengan ekonomi nya, dengan geografi nya dengan pengajian perniagaan nya lagi hadoih....nasib la badan. redha cik atin redha..



Sunday, April 7, 2013

resipi: crepe telur

assalamualaikum..



hari ni nak share sikit la pasal resipi crepe telur yang aku wat time aku tengah tension..pastu makan  sorang-sorang adik mintak pun bagi seketul je kat dorang pastu suruh dorang share dua.. lepas dorang makan mula la manggagau cari ayor(air)  sebab aku letak cili padi..haha..padan muka kaw..kakak yang kejam...lupakan kisah tu..ni nakciter pasal resipi pulak




bahan-bahan inti:
setengah labu bawang besar
3 biji cili
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap
2 biji telur
sedikit air

bhan-bahan crepe/lempeng:
1 cawan tepung
1 cawan air
sikit garam
sikit serbuk kunyit

1.bancuh tepung dengan air, garam, dan serbuk kunyit..dan pastikan adunan tu cair coz nak wat lempeng/crepe mesti la kene cair..tapi jangan la cair sangat..agak-agak..kalau rasa adunan tepung tu still lagi tak cair..tambah air sikit and kacau..


2. panaskan non-stick pan/ kuali. letak sikit je minyak..dan baut lempeng/crepe. buat sampang adunan tu habis yer..huhu

3. pastukan panaskan kuali dengan sikit minyak, masukkan telur..pastu kacau-kacau..masak wat telur hancur


4. sekali lagi, panas kan kuali. tuang sikit minyak, and then tumis bawang dan cili..sampai bersin, eh silap, sampai naik bau..hehe..lau nak pedas letak la cili banyak-banyak sikit..kalau taknak pedas tak payah letak pun takpe..depends la kat uolls..selera tekak masing-masing..kalau aku, selagi tak pedas tak sah..pastu kalau sakit perut mula la cari ubat..

5. pastu masukkan sikit air untuk jadikan kuah..sikit je tau..tak yah bebanyak..bukannya nak buat sup..just nak bagi dia basah-basah sikit je

6. lepastu masukkan kisap.and kacau-kacau..ni pun ikut tekak masing-masing juga..kalau taksuka kicap, boleh gantikan dengan black pepper sos.

7. masukkan pulak sos cili..lau nak rasa masam-masam boleh tambahkan sos tomato..tapi aku ni memang sejak azali lagi tak suka tomato..yerk.


8. seterusnya masukkan telur yang dah dimasak tu..kacau..dah siap..takyah letak garam..sebab lempeng tadi kan dah letak garam..remember that?.nanti masin sangat kena darah tinggi pulak..


9.pastu, angkat inti tu tadi letak kat hujung kepingan lempeng/crepe..and gulung..macam buat popia tu..hehe


tadaaaaa...dah siap pun..tak makan nasik pun sampai malam..makan ni pun dah kenyang..blurpp..alhamdulillah.. oopss,,..sorry

selamat mencuba

Saturday, April 6, 2013

kesabaran teruji

khamis: 4.4.2013
5.15 pagi
 time tu aku baru bangun ingat nak print la dapatan kajian untuk pbs pengajian am.. elok lepas amik printer, kertas A4 pulak habis.. last-last aku selongkar kat bilik angah..ade la dalam 12 helai macam tu, lepas tu buka la lappy, lappy pulak hang @#$^#%.. lepas dah scan segala bagai kat lappy ni.. nak cari la dapatan kajian yang dah buat malam tadi...cari punye cari punye cari punya cari..weyh mana.. HILANG..yang aku ni pun satu menggong xnak save dalam pendrive ..atoi..lagi la panas ati..nak tak nak kena wat sekali lagi..tapi tak full siap..lepas tu nak print la..dakwat print la pulak takde..hadoihhh..tak jadi aku print..pastu terus siap nak gi sekolah je la

7.20pagi
dah sampai sekolah.. aku pengawas..kena tugas kat kantin.. bengang dengan sorang minah india ni... dia dah tukar group..tapi dia tak tau.. seapatutnya aku group yang tugas kat kantin and aku jugak la ketua kumpulannya.. tapi dia group lain yang ditugaskan kat perhimpunan, dengan selamber badak air nye dia berlagak macam ketua.. marah-marah students yang tengah makan kat kantin suruh beratur cepat-cepat..bengang nya.. aku yang ketua ni pun xde nak marah-marah students x tentu pasal..pastu aku cakap la kat Ain(ketua pengawas) and then dia pergi check group budak bedebah tu.. lepas tu ketua kumpulan budak bedebah tu tanya aku..aku group mana and tugas kat mana? so aku cakap la aku group 2 tugas kat kantin..pastu dia cakap la..kenapa TEERANA tu tak tugas kat perhimpunan.. aku cakap la..akak pun tak tau..elok ain datang.. and die cakap kat budak bedebah tu yang dia dah tukar group...pastu dia wat muka tak puas ati dengan aku,.. macam@#$%^ ..geram betul...

7.30pagi
memang la aku tambah bengang sebab sekarang ni, wan dah taknak share pape dah dengan aku..semua nak rahsia.. k FINE..memang aku TERASA giler weyh...

9.00pagi
aku kira duit kutu.. ni pun lagi satu masalah.. nak main kutu tapi liat nak bayar.. pastu bila aku mintak duit main campak-campak je kat aku.. weyh aku hadap la duit tu semua.. tapi tolong la faham.. aku pun banyak lagi kerja nak buat.. bukannya asyik nak buat kerja tu je.. tolong la faham situasi budak ekonomi macam mana.. please

12.00tengah hari
time belajar graf pengajian am.. semua nak pangkah aku..  ohh kalau dorang bising, gebang-gebang, memekak-mekak takpe.. tapi kalau aku bersuara sikit je, terus pangkah... asal tak amik makerpen terus tanda x kat muka aku ni..tak puas ati sangat kan..aku tau la ko tu laki.. nak pangkah orang pun agak-agak la, pikir la persaan orang tu sama.. ingat aku ni hati kayu, aku besi ke hapa..aku malas nak marah balik..sebab aku tengah try nak kurang kan panas baran aku ni..so dengan cara lain..aku kuarkan ari mata..pastu terus aku diam..lepas ni jangan nak pertikaikan kenapa aku makin diam kat sekolah and kenapa aku tak tegur ko..sendiri mau ingat la,,

1.50petang
sebelum nak pergi dewan bestari utk subjek MUET..aku saje je wat lambat-lambat.. yana pun dah panggil-panggil..yana aku pun terasa gak ngan ko. bila semua dah blah aku nanges tapi tak lama.. pastu time dorang pergi tengok pameran sains..aku dok sorang-sorang kat dewan bestari, and terus nanges puas-puas..Miss Chan pun tanya siap tepuk-tepuk belakang.. lagi hebakk la aku nanges.. sampai bengkak-bengkak mata... tu yang time Muet aku tak berapa nak concentrate kat teacher...aku dok blakang..lap-lap air mata..

2.00petang
time ni dah balik dah.. tapi aku decided nak stay..ingat nak study sikit and then nak wat pbs.. aku malas nak ajak wan..coz..kalau aku ajak dia stay kat skolah..dia akan tolak nye..tapi time dia stay dia dah ajak aku dah sakali join dia..TERASA....pastu..naik la kat kelas..budak-budak 6a2 lalu tegur tegur aku memang takde mood nak tegur balik..sorry korang.. ingat nak stay lama sikit tapi kepala ni dah naik pening coz nanges banyak sangat tadi..so, pukul 3 aku balik..

4.30 petang
balik rumah ingat kan boleh la tenang, dah 2 ekorbenkarung pulak yang wat bising(adik-adik aku la tu).. lagi aku tension..berapa banyak kali aku marah pun, dorang still lagi wat derk....vangang the vass betol budak 2 ekor tu..

6.15 petang
ingat nak masak maggi sebab malas nak makan nasik.. tengok-tengok, maggi pulak habis kat dalam kabinet dapur.. adik yang punya kerja..last-last aku wat je la telur crepe..main campak-campak je bahan..nanti aku share resipi..kenyang jugak..

7.00 malam
time tu tengah tengok citer sedetik cinta kat tv3, pastu mama pulak bising-bising kat aku cakap aku ni tak macam anak orang lain la, malas la.. punca dia satu je..sebab aku tak lipat kain je pun... adoi..mama..bukan mama tak paham anak mama ni. hari cuti je aku rajin lipat kain..hari lain paham-paham sendiri la.

9.00 malam
start nak study la.. especially ekonomi.. dah ade gangguan pulak..ayah aku bertukang kat stor belakang, mama marah adik-adik, adik-adik pulak bising nauzubillah..last-last aku telan panadol 2 biji,set jam nak study pagi..and then tidor.. puas ati

nampak tak ujian Allah pada hamba-Nya.. Dia nak bagi kita kuat dan terus tabah..sabar selagi boleh..dan sabar pun ade batas jugak..dan jangan sampai aku hilang sabar...tq