Monday, September 23, 2013

resepi Marble Cake With Homemade Icing And Mulberry

assalamualaikum.. ^^

tajuk entry ni pun dah kelas kaw jah kemain.. ok la straight forward je. malas nak merepek merapu meraban memalam buta ni..

Bahan-bahan kek
1 cawan merjerin /mentega
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko

Bahan-bahan ising
2 biji putih telur
1 cawan gula halus/ icing

Hiasan
mulberry
(nak guna strawberry pun boleh, ikut citarasa nak hias dengan ape.. ok)


Cara-cara buat kek:
1. putarkan marjerin dengan dula sampai kembang
2. kemudian pecahkan telur satu persatu kedalam adunan
3. masukkan esen vanilla (kalau rasa nak lagi wangi masukkan 2 susdu kecil. ikut citarasa masin-masing)
4. kemudian masukkan tepung beserta tepung penaik. kacau sampai sebati
5. seterusnya, asingkan 1/4 daripada adunan tersebut dalam mangkuk lain dan masukkan serbuk koko.
6. sapukan marjerin pada loyang supaya kek tak melekat.
7. masukkan adunan asal pada lapisan bawah kemudian masukkan lapisan kedua iaitu adunan yang mempunyai serbuk koko dan akhir sekali lapisan adunan asal. kemudian ratakan permukaan kek
8. ambil lidi atau pisau. lorekkan adunan tersebut supaya apabila masak ianya akan menjadi corak
9. bakar dalam ketuhar selama 130 darjah selsius selama 40 minit ( ikut oven masing-masing ok, sebab oven cik atin ni jenis overheating tu yang kena kurangkan suhu)
10. nak tau kek tu masak kek x. cucuk kek tu dengan lidi. bila adunan tu still lagi melekat kat lidi maknanya belum masak. tapi kalau dah cucuk, lidi tu licin je bila ditarik keluar maknanya kek tu dah masak.
11. sejukkan dan terbalikkan kek. dah boleh letak ising dan boleh hiaskan dengan buah mulberry.

Cara-cara buat ising
1. asingkan putih telur dengan kuning telur
2. masukkan gula ising
3. putar dengan mixture pada kelajuan maksima sampai kembang
4. kalau nak tahu ising tu dah ok ke belum, cuba terbalikkan mangkuk mixture tadi tu. kalau still meleleh maknanya belum kembang. tapi kalau dia melekat kat mangkuk, makna nya dah boleh sapu kat kek.


ni hasilnya.. 

nak buat dalam papercup pun boleh..

 makeup-makeup sikit kat atas kek ni dengan buah mulberry yang Cik Atin petik je kat tepi rumah. pokoknya lebat berbuah. hehe

alololo cutenyerrr..

ready untuk dingap oleh Cik Atin..hahaha(gelak jahat)

itu je kot. and kepada sesape nak share resepi ni kat sesape pun. silalah Cik Atin tak marah sebab prinsip Cik Atin sharing is caring tak gitu.. tak salahkan kalau kita share ilmu yang kita ade. dapat pahala perut pun kenyang dan automatik hati senang..haha..k la..
sekian..

No comments:

Post a Comment