Wednesday, February 13, 2013

travelog Kedah-Perlis

Assalamualaikum.

cuti raya cina ni memang tak plan pun nak pergi mana..ingatkan dok kat umah je.. tetiba malam ari jumaat tu mama ajak gi beli barang makanan untuk esok..esok? nak pergi mana, aq pun malas nak tanya. esok nya pepagi lepas subuh mama kejut suruh siap-siap and then suruh packing baju 2 3 helai. aq ingatkan nak balik kampung. and then tanya mama balik, pastu mama ckap nak g perlis dgn kedah.. amboi kemain semangat la aq packing baju, siapkan diri semua bagai..haha..excited la katekan..
 
muka orang mintak penampor, bosan kowt dok dalam keta time on the way nak ke Perlis..6 jam perjalanan dari Perak

sepanjang perjalanan tu memang menghayati pemandangan la,. memula kitaorang satu family decided nk pergi perlis dulu. akibat tak tau jalan, ayah pun berenti beli peta kat R&R yang ade dalam kawasan kedah tu..aq pun tak ingat pe nama tempatnya..maklumlah dah berumor..haahaaa...pusing punya pusing akhirnya nampak signboard yg tertulis KANGAR..nak dekat satu jam setengah la jugak..akhirnya sampai kat PADANG BESAR.. nama pun Padang Besar, so mmg besar la tmpat nak shopping tu,. mama beli 2 NARITA kat situ coz memang murah sangat, then borong kekacang and segala jenis jajan atau kudap-kudap yang memang dijual kat situ. sambil tu, mata aq pun melilau la tengok peplum yang murah sangat RM20..tapi dapat beli 1 je, mama satu aq satu..sedih nyer.
then lepas tu kitaorang pergi GUA KELAM. di semua pasal adik la, nak sangat tahu Gua Kelam tu macam mana.. sempat la jugak snap-pics..haha..teruja kejap

 wahh..mama pun join sekaki,,.cayalah



 suasana seram dalam dua..tapi sejuk ar..nice tempat ni..tenang banget




 pasangan sweet couple dunia akhirat


 tuan tanah kedaung..i'm wearing this sweet peplum, nice lorh..

harga tiket nak masuk gua ni pun tak cekik darah pun..murah gilerr wa cakap lu..tak caya ke sama gua..ni buktinyer..

haaahh..tu dia
kanak-kanak or yang perasan diri tu kanak-kanak= RM 0.50 je
dewasa or yang rasa diri tu dah matang =RM1.00 je..
tak mahal pun


oleh kerana encik. hujan bin lebat, mencemburui waktu family outing kitaorang so, kitaorang pun bertolak lah nak ke PENDANG, KEDAH.. nak bermalam kat situ, for your information, aq duduk kat kedah dulu since umur aq 3 years until 5 years gitu lah. walaupun time tu aq ni ni kecik-kecik cili padi, tapi kenangan menetap kat sana still lagi ingat walaupun samar-samar. kitaorang tumpang rumah makcik Ila, bestfren mama dulu2, nasib baik dia ingat lagi..mula la buka cerita pasal dulu-dulu,dah penat sangat, semua tidor berdengkur kroohh kroohh.bangun pagi semua merengkuk macam udang kene goreng, biaselah Pendang still lagi kaya dengan alam semulajadinya..so pepagi memang sejuk la macam pasang aircond, tak macam kat Bidor, kipas terpasang je 24jam..pastu duit api pun melambung-lambung,perjalanan meneroka kedah diteruskan lagi, kali ni melawat jiran-jiran lama,. Alhamdulillah, dorang still lagi ingat,..ada la dalam 6 buah rumah kitaorang terjah,kenyang dijamu air, and then siap tukar-tukar phone number lagi tu,,..kawan-kawan aq pun dah makin cun makin encem..yang sorang tu, Nurul, dah nak jadi isteri orang, congrates kawan,..ade sorang makcik tu, taknak berpisah dengan mak aq punya pasal. dia suruhnya aq ni jadi menantu dia..haha..makcik ni wat kelakau ler,,tak nak aq..study-study....haha

dah abis terjah rumah orang kitaorang teruskan perjalanan ke SIK, KEDAH. melawat tanaman anggur..haaa ni memang memang minat ayah aq,

 best kat sini, angin sepoi-sepoi bahasa la wa cakap lu, maklumlah tepi tasik gitu,

 anggur hijau yang baru nak akil baligh


 anggur hitam yang dah matang tapi pekerja tu makan gaji buta je taknak petik,.laziness u'olls..kitaorang nak petik tak bagi pulak tu..kedekut..huh

 in green peplum, haha, posing gitu, kemain lagi kau nahh cik atin oit,,..


mama pun wearing  peplum jugak, 2 beranak ni sama je,..sayang mama yang sporting banget ni..muahhh setempek..kikiki

with mama terchenta, (mama jengket sikit kaki tu, rendah sangat la..) haha perli mama sendiri..taubat tak wat dah lepas ni, kena cubit dah dengan mama..:'(

ayah, lau nak posing sekali cakap je, jgn la rosakkan gambar orang, kemain sempoi je dengan selipar jepun oren die tu, kasut ade diletak dalam boot kereta...apa la

series aq ckap tmpat ni memang best, walaupun rasa bosan coz kite tgok anggur anggur tgok kita, bergilir-gilir, tapi suasana berangin kat sini memang terbaik la..ianya antara lokasi nak wat shoot gmbar kawen,,chewah dah berangan kau..and rugi la lau datang sini tak beli anggur, walaupun mahal setengah kilo rm15, tapi manis anggur tu memang100 % manis giler...buah-buahnye kecik, tapi kecik bukan sebarang kecik tapi kecik yang tersangat la manis,,..huhuhuhu


tengok tu kemain lagi comel,,,manis sangat kamu ni,, sedap hingga tangkai pun nak dimakan sekali,..jakun betul

tiket bayaran masuk
kanak-kanak= rm2.00
dewasa= rm4.00
tak mahal pun


lepas tu kitaorang satu family pergi Pantai Merdeka, Kedah. tempat tu memang crowded sangat dengan orang yang berpusu-pusu nak datang kat sana, tapi serius aq ckap kat sana tak de pape yang best pun,..memang tak best menyesal je datang..tapi sempat la jugak snap gambar..huhu

 on the way nak ke Pantai Merdeka



 panorama matahari terbenam, subhanallah, cantik sungguh..

 time to snap my own pics..green yow

 snap again




last pic at the beach...haha




time to balek Bidor, arghh penat



souvenir from Perlis

mata dah layu, sekarang i nak tidur lah u, 
selamat membace
have fun with this story


No comments:

Post a Comment