Saturday, September 4, 2010

PERBEZAAN ANTARA CINTA DAN SUKA

di hadapan orang yang kite cinta, hati kita akan berdegup kencang
tetapi
di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira

jikalau kita melihat kedalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
tetapi
jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum

di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
tetapi
di depan orang yang kita suka,lidah bebas berkata apa saja

di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
tetapi
di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan diri kita sendiri

kite tak boleh merenung mata orang yang kita cintai
tetapi
kita selalu merenung mata orang yang kiat suka

bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
tetapi
bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut buatkan dia gembira

di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
tetapi
di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin je

di depan orang yang kita cinta,kita takut untuk berterus-terang kerana terlalu bimbang hati si dia akan terguris
tetapi
di depan orang yang kita suka, kita terlalu mudah untuk berterus-terang kerana yakin terus-terang itu paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan kamu dan si dia


No comments:

Post a Comment