Assalamualaikum..
Hari nak share la pasal resepi pavlova yang senang
tahap beruang kutub.aku buat pavlova ni
masa time cuti sekolah haritu. Biasela, kalau dah mama kerja, aku yang conquer
dapur tu. Hahaha. Memula kawan aku ade
bagi resepi ni, die suruh aku try buat. So dengan rasa terharunya aku
mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kat die. Pastu dia boleh
pulak cakap “atin, resepi ni aku copy kat internet je..huhu” huhh!!. Hampeh of
the hampas betul ar. Akuni mati-mati la ingat itu memang resepi die rupa-rupanya
resepi dari BLOG sis Zila Zainal ni. Thanks sis sebab share resepi ni.
Bahan-bahan
-4 biji telur (ambil
putih sahaja)
-1 cawan gula kastor (kalau
nak kurang manis, guna 3/4 cawan gula je)
-1/2 sudu kecil esen vanilla
-2 sudu besar tepung
jagung
-1 sudu kecil cuka @
lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna)(tapi aku tak letak
pun sebab xde cuka kat rumah)
-buah-buahan ikut
citarasa anda contoh strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak
serasi dengan manis pavlova tu. kalau buah pun manis,nanti manis pulak rasa.(Jangan risau untuk guna buah-buah yang masam-masam, sebab
bila dah bercampur-campur, masam tu dah tak rasa dah, lagi sedap lagi ada)
UNTUK TOPPING ;-
-1 cawan WHIPPING
CREAM
-1 1/2 sudu besar gula
kastor
-1/2 teaspoon vanilla
#boleh
juga guna buttercream.cuma tambah 1 cawan butter dengan 1 cawan shortening(lemak sayuran) dan gula
aising,,putar sampai ringan
Cara-cara: meringue (adunan pavlova)
1.Pukul putih telur
sampai kembang. Jangan lupa masukkan sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis.
Pukul sebati. Putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh.
2.Kemudian ayakkan
tepung jagung ke dalamnya. Jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar. Kacau
dengan cara balik kuap.
3.Masukkan dalam
dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak. Ratakan. Bentukkan sesuka
hati ikut citarasa anda. (aku alas guna kertas A4 je..haha)
4.Bakar 150 darjah celcius
selama sejam. Bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. Jika retak sedikit
tidak mengapa. Kemudian keluarkan dari oven ( kalau oven tu jenis yang
overheating kurangkan suhu pembakaran ke 130 darjah celcius takut nanti hangus)
Cara-cara: topping
1.Untuk topping
,masukkan semua bahan dan putar hingga kental.
2.Guna sudu ratakan
atas pavlova. Bolehlah susun buah diatasnya.(aku guna buah angur hijau yang
masam je)
3.Sedia untuk dimakan.
Boleh jugak nak masukkan dalam peti ais dulu kemudian baru makan. Lagi sedap macam
tu untuk kurangkan muak kat cream tuu..
Aku
tak sempat nak snap gambar yang dah siap. Batery phone kong sebab dah 2 hari
tak charge.ltak sempat nak tunggu batery phone tu full, kitaorang adek beradek dah hadap pavlova tu sampai habis. biasa la lapar..hehe. So korang tengok yang ade kat dalam oven ni je la erk. Sorry and
have nice trying.
No comments:
Post a Comment