sunyi...sepi
tanpa teman disisi menemani
hati luluh terkunci
terpendam segala perasaan
di segenap inci hidup ini
terlalu sukar untuk diungkap
terlalu payah untuk digambar
terlalu rumit untuk dibayangkan
betapa sepinya
hati seorang gadis ini
bilakah semua ini akan berakhir
mungkinkah diri ini terus kesepian
adakah hidup ini akan sentiasa sunyi
dan
apakah selama-lamanya diriku terus sendiri
mungkinkah ianya nyata
atau
hanya mainan hatiku semata-mata
sesungguhnya Yang Maha Berkuasa sahaja
yang Mengetahui segalanya
created by:puteri alam fantasi
No comments:
Post a Comment