Assalamualaikum..
Awal-awal lagi aku dah tayang muka hasil makeup yang tak professional
nih. Biasalah belajar dari youtube. Kau hado? Youtube ni bukan setakat nak wat
Jahanam Style dengan Gwiyomi je, makeup pun boleh pun boleh rujuk kat youtube
jugak.
Setakat ni, aku suka tengok channel makeup sis ZOEY ZAUYAH,
LOVE BUNGA QUERIDA dengan NISA KAY. Memang best dan senang nak follow step
makeup yang dorang buat, dan start dari
situ lah aku dah pandai buat shading, tau macam mana nak blend eyeshadow, lukis
kening nampak macam kita cukur tapi sebenarnya TAK CUKUR KENING PUN, tau macam
mana nak highlight dan shading kat bahagian muka, tau camner nak bagi makeup
than lama,tahu semuanya la. Best sangat. Sape yang tak suka makeup tu jangan
nak memperlekehkan minat seseorang tu. Minat korang aku tak sibok pun. So dok
diam-diam and continue your reading. Hehe
Jangan salah anggap ok, makeup bukan untuk MENGUBAH rupa
seseorang, tetapi untuk MEMPERINDAHKAN rupa seseorang. Perempuan kan suka
indah-indah, cantek-cantek, kiut-miut.. tak gituw? Heehee.
P/S; gambar-gambar diatas tak edit hokeh.. sekian terima kasut.haha
No comments:
Post a Comment