Saturday, May 25, 2013

kulepaskan segala tensionku


Assalamualaikum..

Tajuk entry macam tajuk lagu kan..haha..Alhamdulillah. Exam STPM sem 2 dah lepas.. agak mencabar jugak la soalan yang MPM kasi. Tegang bulu roma aku jawab dalam dewan exam.. Fuhhh..dah lepas

Semalam nak dijadikan cerita aku hangout dengan Nana kat kat Tanjung Malim. Sesaje. Memang cadang nak lepak dengan kawan pun time cuti sekolah macam ni. So, pepagi lepas subuh aku siap-siap nak keluar tunggu bas kat depan simpang rumah. Al maklumlah si fatin ni tak de lesen..diulangkan sekali lagi TAK ADA LESEN kereta apatah lagi la motor. So kita guna je la pengangkutan awam yang sedia ade yer..*kita la sangat, cik atin sorang je ok..*

So ade la sesi tunggu menunggu bas yang lambat Nauzubillah tu. Pukul 7 pagi aku tunggu, 45 minit kemudian baru bas semput tu sampai..mau geram aku dibuatnye.. membebel aku sorang-sorang kat bas stop tak berbumbung dan tak berlantai tu..mamat lalu lalang pun piker patplohnamratus kali nak berenti ngorat..cakap sorang-sorang gilo ke minah ni..*bukan cakap erk, bebel jer*

Lepas satu hal, hal lain plak datang. Masa tu nak naik bas ke Sungkai la pulak. Transit. Boleh pulak time tu tayar bas HUK YIK tu pancit. Weyh tayar ko tak boleh pancit lain kali ke.. geram tau tak..dekat 15 minit jugak la tunggu, nasib baik ade bas lain yang datang. Thanks uncle pecut tahap Impak Maksima.
Ni problem yang ketiga pulak, ade lagi sesi tunggu menunggu bas nak ke Tanjung Malim pulak. Entah berape lama aku tunggu. Malas nak tengok jam. Aku  pun merewang kejap kat kedai majalah kat Sungkai tu cari majalah DARA.COM yang tiut tu.. yeeay dapat.. lepas tu sambung balik sesi menunggu sampai la bas Star Coach yang seat tercabut tu datang.. Nana awal-awal lagi dah sampai Tanjung dah. Punya la die risau kat aku call dengan teks dia je yang aku dapat.. huhu.. sayang aku leteww kan!!..haha

Lepas tu adelah adegan pertemuan yang diibaratkan pertemuan yang seplohribu tahun terpisah..*kononnye la.* jumpe je Nana, die terus cakap aku KEREMPING,.. kurang asam jawa kaw Na..die dengan ehem2 dia lepas tu dengan sorang lagi kawan die Juju namanya..nama penuh tak sempat pulak aku siasat.. maklum la aku ni tak pandai nak ngorat orang *Juju tu pompuan ngekk tak payah nak ngorat la makcik, tanya sudah la*mula-mula ingat Juju ni malu-malu,..lama-lama sempoi je..best ar kenal Juju

Lepas tu aku pergi la CCY a.k.a kedai buku coz nak mengabeskan baucer buku si Nana tu. Merewang kat atas cari buku. Sempat pulak si Nana ni rembat Novel. Hantu novel betul minah ni. *cakap orang kaw pun sama la atin oi*. Pastu gi cari benda alah lain pulak kat tingkat bawah. Aku rembat sticker pink dengan staples (dawai kokot a.k.a dawai stapler)

Mulalah masing-masing perut rasa kruq kriok kruq bunyi tanda tak menyumbat makan lagi kat perut ni. Dengan persetujuan yang adil lagi saksama serta bijaksananya, kitaorang pergi KFC dan bermulalah sesi mencekik kat situ. Tapi ayam dia masin sikit ar. Dah la masin, kecik pulak tu. Tak kenyang aku makan *masin pun kaw melantak sampai abes atin oii*. Lapar weyh lapar. Bagi ape pun abes.
pink tu NANA, merah tu paham-paham sendiri la, yang biru tu JUJU

Lepastu kan,.. you know what. Aku jumpa my super duper cute de very the miut of my dream car iaitu MINI COOPER *ayat ape kaw guna ni*so verangan jap..haha.
oh my lalink i love you.. muah..muah..muah

Lepastu follow dorang pergi kedai topup. Time tu aku rembat cover phone untuk galaxy Yayang aku. Dah lama cari jenis getah warna ungu. Baru arini jumpe. Rembat la. Terbang RM10..bye bye money..huhu.
Disebabkan ayam KFC yang kecik serta tak mengenyangkan my tummy. So aku beli la ice-blended with the pearl jelly tu.. sejuk tekak aku ni.. yummm sedap.. dorang minum air tu, pakat-pakat buang jeli tu kat jalan. Konon tinggalkan jejak blues clues la tu,..pegidah..tu namanya membazir tau tak. Haha.
kenapa awak sedap sangat.. ice blended chocolate + cappucino + pearl jelly = yummy

And then, bermulalah sesi berkaraoke tak ingat dunia. Yeay dapat nyanyi lagu faveret aku 2 kali kaw..  lagu Ramalanku Benar Belaka= Umbrella. Layan jiwang hari ni kaw yer atin. Juju duet dengan aku. Cayalah Juju. Sepp sikit..*high 5*. Agak-agak masuk mentor lepas tak. Verangan lagi.
 "waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama"..feeling kaw nyanyi yer cik atin

 #selca with the microphone


 yang ni lagu safura.. jangan menangis sayang..yer kot..lupa la tajuk lagu dia...haha



















kita minum dulu!!..penat memekak


Lepas abes tu, time to balek lah. Dah si Nana pulak yang nanges. Besa la nama pun bercintun. Malas nak amik tahu sangat. Dapat tenangkan si Nana tu je la. Dalam bas tu boleh pulak bergwiyomi.. lantak kamu la.

Dah sampai Sungkai, berpisah la kitaorang. Tak payah nak sedih sangat la. Macam tak boleh jumpe lagi je. Time to merayap sorang-sorang. Kalau balik rumah pun rase awal sangat la pulak. Merewang kat my one shop kejap cari barang mekap. Saya suka, saya suka *tiru suara MeiMei dalam Upin Ipin jap*

konon photoshoot kena tiup angin la ni..verangan betul cik atin ni

Dah abes shopping gerak la pulak ke Bidor. Beli barang lagi kat Gurdian. Beli tisu dengan solution untuk lens. Lepastu lepak kat kedai Ieda kejap sementara tunggu mama amik. Dah lepas tu follow pulak mama pergi pasarayaku cari baju putih untuk kerja. Lepastu kan…cik atin ni Nampak la Blouse Peplum yang teramat la cantik plus murah. Zapppp!! terus dia rembat. RM 15.90 sape yang tak nak. Kalau tak beli rugi weyh. Layer peplum tu.. kaw hado? Hahaha. Lepas misi nak memperbetulkan spek yang dah longgar. so kite pergi ke YES OPTICAL sebelah pasarayaku tu yer..haha

 #selca

betulkan spek yang dah longgar. 


And then aku pun balik.. arghh penat. Seronok weyh dapat realesed tension. Hileng segala masalah dengan karaokenye, shopping lagi..happening la..best…

kau milikku..huahuahua

barang-barang berjaya digapai..


item-item:
majalah DARA.COM = rm 5.00
naturactor =  rm 9.90
eyelash glue = rm 4.90
fake eyelashes = rm 4.90
contact lens storage = rm 2.90
getah rambut (3) = rm 1.90
headband = rm 2.90
white eyeliner = rm 1.90
MAC eyeshadow (bukan ori) = rm 17.90
baby wipe = rm 2.50
pink sticker= rm 3.50
staples = rm 0.50
contact lens solution = rm 4.90
tisu gurdian = rm 1.00
layered peplum blouse = rm 15.90
rubber phose case = rm 10.00


sekian..hahahaha


No comments:

Post a Comment