Wednesday, May 15, 2013

Hadiah BAJET Hari Guru


Assalamualaikum.. <3 p="">

Firstly, nak wish kat semua yang bergelar pendidik tak kesah la yang mendidik anak murid ke, yang mendidik orang dewasa ke ataupun yang mendidik haiwan peliharaan mereka supaya tak berak merata-rata, yang penting beliaw seorang pendidik. hehe

Back to the story, semalam, aku dengan adik bongsu mintak mama temankan belikan hadiah untuk hari guru. Pastu mama kata dia malas and then cakap..”hari ibu, adik tak bagi kad pun kat mama”.. ok mama tacink disitu.. lepas tu mama wat muka selamba rock gi makan lepas makan tengok tv and lepas tu mama masuk bilik tidor.. bayangkan pukul  8.30 mama dah tidor. Dasyat disitu. Memang tahun niat aku nak bagi hadiah kat cikgu pun. Ye la, last aku bagi hadiah kat cikgu pun time sekolah rendah kot rasenya. Masa form 1 sampai form 5 aku duduk asrama just wish kat cikgu je. Tak beli hadiah pun. So aku decide tahun ni tahun akhir aku kat SEKOLAH, so aku nak bagi la kudap kudip hadiah kat cikgu sebelum aku menjejakkan kaki melangkah keluar dari kepompong sekolah *ecewah ayat jiwang you*. Memang niat nak bagi pun.

Aku pun dok kerah otak nak wat ape untuk hari guru and then aku dapat idea. Aku masuk bilik, tutup pintu kunci*itu pun nak citer ke*. Mula la start punggah barang menjahit. Aku guna kain felt yang dah lama aku beli tak tak guna pun and timbul idea nak buat love strap gitu la. First ingat nak buat untuk cikgu Lily je yakni cikgu ekonomi aku yang terchenta, tapi piker-pikir balik why not aku buat untuk semua cikgu mata pelajaran. Ye la, kalau tak mula tarik muncung 5 kaki 5 inci cikgu-cikgu aku ni, dan mula berpaling tadah 360 darjah sebabkan merajuk..huhu..dan ini hasilnya...jeng jeng jeng...

comel tak?..pandai cik atin ni buat kan..haha *puji diri sendiri kejap*.semua nama cikgu aku ringkaskan je supaya nama lebih urban dan nak bagi cikgu-cikgu berasa diri mereka remaja *remaja la SANGAT* serta nak mewujudkan gaya manimalis supaya kelihatan comel tahap maximalis..*ayat ape ko pakai ni atin*. kalau pakai nama penuh mana muat weyh. dah la barang nak buat benda ni terhad serta ekskulif *poyo ar kaw atin oii*

bekas biskit Famous Amos a.k.a bekas alat jahit, bantal untuk sit kereta ayah yang dah rabak tapi aku amik kapas kat dalam tu je..berguna tu, serta kain felt yang dah macam roti kirai.

Seriusly hadiah yang aku buat ni a.k.a handmade, memang satu sen pun tak keluarkan duit.nak tahu kenapa ni sebabnya semua barang tu ade kat rumah hatta paper bag pun hasil daripada simpanan aku. almaklumlah aku ni jenis yang suka kumpul-kumpul barang yang boleh pakai dimasa hadapan.. macam paper bag , asal gi kenduri je, paper bag tu aku tak pernah buang.. kitar semula la katakan

cik LILY a.k.a MAMA LILY

CIKGU LILY SUBRAMANIAM:  thanks  cikgu sebab ajar ekonomi, bagi latihan yang banyak tapi ada yang saya tak hantar *sorry*. Sedia bantu saya tatkala saya tak paham and tolong terangkan kepada saya bila saya tak datang sekolah.tolong Photostat kat bahan pembelajran untuk satu kelas. Sanggup datang dari jauh untuk buat kelas tambahan. Terima kasih bebanyak cikgu.


puan NOREHAN a.k.a MAMA HAN

CIKGU NOREHAN HARUN: terima kasih cikgu sebab ajarkan geografi, bagi keterangan terperinci tentang subjek ni siap ade tunjuk video pasal lapisan ozon lagi *ingat lagi video comel tu* ,wat lukisan tentang geografi bagi saya senang paham.tolong bagi latihan walaupun kekadang tak hantar. Bagi ujian dan Alhamdulillah markah saya ok dan saya mintak maaf kekadang saya tidor dalam kelas. Terima kasih bebanyak cikgu


en JUHAIZAM a.k.a PAPA JOE

CIKGU JUHAIZAM JAAFAR: terima kasih sebab ajar pengajian am a.k.a PA,  tunjuk cara nak buat graf, terangkan tentang isu-isu semasa, terangkan teknik menjawab karangan dan struktur.mintak maaf sebab saya tidor dalam kelas cikgu. Terima kasih cikgu.



puan HASMAHANI a.k.a MAMA HAS

CIKGU HASMAHANI HASHIM: terima ksih cikgu sebab ajarkan pengajian perniagaan a.k.a PP, tolong sedikan nota yang ringkas tapi padat+mantoop+muktakhir,terang tentang PP dari bab ke bab bagi satu kelas paham. Sentiasa senyum yang dapat menghappy kan mood kitaorang nak belajar. Sorry kalau saya ade tidor dalam kelas. Terima kasih cikgu


en RIDZUAN a.k.a PAPA ONE

CIKGU RIDZUAN OSMAN: terima kasih cikgu sebab ajar subjek PP, tunjukkan cara teknik menjawab dengan betul,terangkan contoh berkaitan PP sampai cikgu wat gaya jalan mengundur bagai tapi comel macam teletubies. Terima kasih sebab buat GWIYOMI *comel*. Thank sebab kritik kek saya ala-ala masterchef gitu*tangan dibahu mata keatas*.haha..sorry cikgu kekadang tak hantar latihan..anyway terima kasih cikgu.

harap memasing cikgu takde la tarik muncung berdepa-depa lagi.. tapi yang aku risau pulak, memasing nak tunjuk sape punya paling lawa..haha..main lawan-lawan bantal la cikgu-cikgu sekalian sampai keluar kekabu. nasib la..harap tak gitu lah hendaknya.. tapi kalau ade pun aku nak join jugak..boleh feeling main salji..*ting-tong dah haku ni*

packaging pun haruslah nampak ekslusif walaupun barang tu barang murah yang tak perlu keluarkan modal.


labeling serta kad ucapan ringkas mestila kena ade. nama pun eksklusif kan.. haha

tambahan: lepas dah siap benda ni, aku tunjuk kat adik aku. time tu dia tengah berusaha wat kad yang buruk kat mata aku tapi makna dia sangat mendalam bagi seorang murid yang menghargai jasa guru mereka. akak tabik kat kamu adik. so, lepas aku tunjuk benda alah ni kat die, die pun dengan muka kesiannya tahap gwiyomi mintak tolong aku buatkan untuk cikgu die. cikgu Balqis cikgu seni die kot rasenya.



so, moral of the story, gunakan daya kreativiti anda dengan bereksperimentasikan barang-barang yang ade kat dalam rumah untuk dijadikan hadiah.*cewah*. tak salahkan kalau sekali sekala jadi kreatif dan yang penting ianya menjimatkan sebab tak perlu keluar modal banyak and then,one of the most important thing is niat mestilah ikhlas dari dasar lubuk jeram tasik hati *nah kaw cik atin dah merepek*

thanks for reading... <3 p="">

No comments:

Post a Comment