Thursday, May 30, 2013

25 THINGS ABOUT FATIN SHUHAIDA

Assalamualaikum..

Haritu ade terbaca kat blog Love Bunga Querida nyer older post..  tatak mungee tu ade la citer pasal die yang boleh wat aku tergelak time baca menda-alah tu.. so kali ni nak buat pasal aku pulak.

-Nur Fatin Shuhaida
Kalau tak silap aku nama ni mama yang bagi dan ianya bermaksud Cahaya Menarik Mempesonakan Madu Lebah. Yer kot, aku tengok buku makcik aku time dia mengandung nak cari nama untuk anak dia yang first.

-Anak tunggal perempuan
Anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Dan seorang anak perempuan tunggal dalam family. Tak de kakak mahupun adik perempuan.

-1 September 1994
Lahir agak lewat dari tarikh yang sepatutnya aku keluar iaitu 31 Ogos. Rugi betul lau tak dah jadik anak merdeka dah…huhu

-Seorang blogger
Mula buat blog ni start tahun 2010 sebab gemar menulis diari, minat dalam penulisan dan suka membebel sorang-sorang. Bukan gila ok..

-Rabun
Ya. Saya rabun jauh. Semua orang tak perfect kan.

-Panas baran.
Seorang yang pemarah dan panas baran. Tapi.. masih boleh mengawal secara rasional. Dan masih dalam usaha nak kurangkan panas baran tu.

-Pencinta kucing.
Aku sayang sangat dengan kucing. Kucing kan binatang kesayangan Nabi. Lagipun kucing ni comel sangat..eeee .,, geram.

-Kuat makan
Mesti terkezoot kan. Badan keremping tapi kuat makan. Aku makan la banyak mana pun badan still jugak macam ni. Dah tak boleh buat ape dah. Ayah pun tak redha je anak dia macam ni.

-Laksa
Pantang nampak laksa mesti mau terkam. Kecuali la bulan puasa. Suka sangat-sangat makan laksa ni. Sebab tu aku ni jenis cerewet kalau kuah laksa tu tak sedap.

-Tudung bawal
Pengumpul, peminat, penggemar dan pemakai tudung bawal. Shawl banyak beli tapi tersadai je tak pakai sebab tudung bawal lagi senang nak handle.

-SE k320i
Sony Ericsson k320i phone pertama sekali aku pakai. Lepastu time pmr dapat good result dapat Sony Ericsson W205 dan sekarang Samsung Galaxy Young. Semua ni beli pakai duit sendiri ok. Hasil usaha sendiri dan pernah harapkan mama dan ayah suruh belikan phone.

-Coloursss
Warna feveret dan sebab dia, coklat sebab nampak mewah, pink sebab naluri gadis memang suka pink pun, kelabu sebab warna yang urban, ungu sebab suka bunga lavender, biru sebab sukakan warna air laut.

-Lagu
Lagu yang melekat jadi lagi feveret start dari tahun 2010 sampai sekarang ialah lagu TERLALU by ST12. Start minat lagu ni masa stalker blog Irine Nadia.

-Membaca
Ada la jugak membaca. Nama pun student kan mesti la kene hadap je buku, kamus, surat khabar,novel dan majalah. Hehehe.

-Sayur
Suka sangat-sangat makan sayur. Sebab terpengaruh cakap mama dari kecik sebab mama tunjuk gambar kawan dia yang muka licin gebu-gebu flawless tu sebab kawan dia makan sayur. Yummy.

-Udang, sotong? Tidak!!!
Jauh kan benda ni dari aku. Bukan alah pun sebab memang tak suka. Kalau makan pun tekak takkan terima lepastu confirm muntah balik.. yucks!

-Caffeine
Penggemar tegar minuman berkafein. Neslo, Nescafe ais, cappuccino memang ade dalam list menu nak order la kalau sampai kat kedai makan.

-Tengok kartun lagi?
Ape? Umur 19 tahun pun tak boleh tengok kartun ke. Macam budak-budak kan? Tapi tu la hakikatnya kalau ade citer kartun, mulalah melekat kat depan tv tak hengat. Tambah-tambah kalau layan Barbie, Upin-Ipin, Boboiboy, Wonderpets, Detective Conan, Dunia Eicak…ehh, Semualah aku layan. Hehe

-Fobia
Boleh bawak motor tapi FOBIA. Sebab ape tau, sebab pernah jatuh sampai terseret siku kat jalan tar masa time nak belok kat selekoh. Jatuh depan umah Uca pulak tu. Tapi Uca yang banyak ajar aku macam mana nak bawak motor ni. Sebab dia PRO. Salute ko Uca.

-Geli binatang ni la.
Sesape jangan la sakat aku dengan binatang yang bernama KATAK dan ULAR. Hatta, benda tu plastik ke, getah ke sekalipun..Tolong jangan. Mau mencecet aku lari tak cukup tanah.

-Alergi
Alah dengan habuk. Memang tak boleh pun duduk kat tempat berhabuk efek habuk tu kat aku, kulit jadi merah pastu gatal, pastu mulalah hidung ni berair dan ha..ha..HAACCHHOOOooooo!!. excuse me..terbersin pulak.

-Air hujan
Dari kecik lagi memang tak boleh sangat mandi hujan. Mandi memang boleh tapi nanti mula lah tanggung sakit kepala yang teramat la. So memang tak boleh kena hujan.

-Pembedahan
Pernah menjalani pembedahan masa darjah 4, tahun 2004, bulan Disember, 2 hari sebelum Tsunami melanda kat Malaysia. Pembedahan appendix. Seminggu aku duduk hospital. Bosan weyh.

-Coklat
Memang hantu coklat. Bagi je jenis ape pun, aku bedal je yang penting Halalantoyiba la.

-Mini Cooper
Memang minat sangat kereta ni start dari aku SPM lagi. Sebab kereta ni comel sangat tambah-tambah dia eksklusif. I love you. Muahh..hehe.. Terbaek.!




1 comment: