Saturday, April 6, 2013

kesabaran teruji

khamis: 4.4.2013
5.15 pagi
 time tu aku baru bangun ingat nak print la dapatan kajian untuk pbs pengajian am.. elok lepas amik printer, kertas A4 pulak habis.. last-last aku selongkar kat bilik angah..ade la dalam 12 helai macam tu, lepas tu buka la lappy, lappy pulak hang @#$^#%.. lepas dah scan segala bagai kat lappy ni.. nak cari la dapatan kajian yang dah buat malam tadi...cari punye cari punye cari punya cari..weyh mana.. HILANG..yang aku ni pun satu menggong xnak save dalam pendrive ..atoi..lagi la panas ati..nak tak nak kena wat sekali lagi..tapi tak full siap..lepas tu nak print la..dakwat print la pulak takde..hadoihhh..tak jadi aku print..pastu terus siap nak gi sekolah je la

7.20pagi
dah sampai sekolah.. aku pengawas..kena tugas kat kantin.. bengang dengan sorang minah india ni... dia dah tukar group..tapi dia tak tau.. seapatutnya aku group yang tugas kat kantin and aku jugak la ketua kumpulannya.. tapi dia group lain yang ditugaskan kat perhimpunan, dengan selamber badak air nye dia berlagak macam ketua.. marah-marah students yang tengah makan kat kantin suruh beratur cepat-cepat..bengang nya.. aku yang ketua ni pun xde nak marah-marah students x tentu pasal..pastu aku cakap la kat Ain(ketua pengawas) and then dia pergi check group budak bedebah tu.. lepas tu ketua kumpulan budak bedebah tu tanya aku..aku group mana and tugas kat mana? so aku cakap la aku group 2 tugas kat kantin..pastu dia cakap la..kenapa TEERANA tu tak tugas kat perhimpunan.. aku cakap la..akak pun tak tau..elok ain datang.. and die cakap kat budak bedebah tu yang dia dah tukar group...pastu dia wat muka tak puas ati dengan aku,.. macam@#$%^ ..geram betul...

7.30pagi
memang la aku tambah bengang sebab sekarang ni, wan dah taknak share pape dah dengan aku..semua nak rahsia.. k FINE..memang aku TERASA giler weyh...

9.00pagi
aku kira duit kutu.. ni pun lagi satu masalah.. nak main kutu tapi liat nak bayar.. pastu bila aku mintak duit main campak-campak je kat aku.. weyh aku hadap la duit tu semua.. tapi tolong la faham.. aku pun banyak lagi kerja nak buat.. bukannya asyik nak buat kerja tu je.. tolong la faham situasi budak ekonomi macam mana.. please

12.00tengah hari
time belajar graf pengajian am.. semua nak pangkah aku..  ohh kalau dorang bising, gebang-gebang, memekak-mekak takpe.. tapi kalau aku bersuara sikit je, terus pangkah... asal tak amik makerpen terus tanda x kat muka aku ni..tak puas ati sangat kan..aku tau la ko tu laki.. nak pangkah orang pun agak-agak la, pikir la persaan orang tu sama.. ingat aku ni hati kayu, aku besi ke hapa..aku malas nak marah balik..sebab aku tengah try nak kurang kan panas baran aku ni..so dengan cara lain..aku kuarkan ari mata..pastu terus aku diam..lepas ni jangan nak pertikaikan kenapa aku makin diam kat sekolah and kenapa aku tak tegur ko..sendiri mau ingat la,,

1.50petang
sebelum nak pergi dewan bestari utk subjek MUET..aku saje je wat lambat-lambat.. yana pun dah panggil-panggil..yana aku pun terasa gak ngan ko. bila semua dah blah aku nanges tapi tak lama.. pastu time dorang pergi tengok pameran sains..aku dok sorang-sorang kat dewan bestari, and terus nanges puas-puas..Miss Chan pun tanya siap tepuk-tepuk belakang.. lagi hebakk la aku nanges.. sampai bengkak-bengkak mata... tu yang time Muet aku tak berapa nak concentrate kat teacher...aku dok blakang..lap-lap air mata..

2.00petang
time ni dah balik dah.. tapi aku decided nak stay..ingat nak study sikit and then nak wat pbs.. aku malas nak ajak wan..coz..kalau aku ajak dia stay kat skolah..dia akan tolak nye..tapi time dia stay dia dah ajak aku dah sakali join dia..TERASA....pastu..naik la kat kelas..budak-budak 6a2 lalu tegur tegur aku memang takde mood nak tegur balik..sorry korang.. ingat nak stay lama sikit tapi kepala ni dah naik pening coz nanges banyak sangat tadi..so, pukul 3 aku balik..

4.30 petang
balik rumah ingat kan boleh la tenang, dah 2 ekorbenkarung pulak yang wat bising(adik-adik aku la tu).. lagi aku tension..berapa banyak kali aku marah pun, dorang still lagi wat derk....vangang the vass betol budak 2 ekor tu..

6.15 petang
ingat nak masak maggi sebab malas nak makan nasik.. tengok-tengok, maggi pulak habis kat dalam kabinet dapur.. adik yang punya kerja..last-last aku wat je la telur crepe..main campak-campak je bahan..nanti aku share resipi..kenyang jugak..

7.00 malam
time tu tengah tengok citer sedetik cinta kat tv3, pastu mama pulak bising-bising kat aku cakap aku ni tak macam anak orang lain la, malas la.. punca dia satu je..sebab aku tak lipat kain je pun... adoi..mama..bukan mama tak paham anak mama ni. hari cuti je aku rajin lipat kain..hari lain paham-paham sendiri la.

9.00 malam
start nak study la.. especially ekonomi.. dah ade gangguan pulak..ayah aku bertukang kat stor belakang, mama marah adik-adik, adik-adik pulak bising nauzubillah..last-last aku telan panadol 2 biji,set jam nak study pagi..and then tidor.. puas ati

nampak tak ujian Allah pada hamba-Nya.. Dia nak bagi kita kuat dan terus tabah..sabar selagi boleh..dan sabar pun ade batas jugak..dan jangan sampai aku hilang sabar...tq

No comments:

Post a Comment