Tuesday, July 23, 2013

satin shawl Nia Collection RM10

Assalamualaikum..
selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.. yeay dah 14 hari kita puasa.. Alhamdulillah.. dah pernah ponteng ke belum ni.. to anak-anak dara yang terpaksa ponteng puasa disebabkan hal-hal tertentu tu, lepas raya ni jangan lupa pulak ganti..hahaha

ok, sekarang ni kan orang tengah sibuk nak buat persiapan untuk raya termasuklah aku ni. walaupun tunggu baju raya yang ditempah dari awal bulan 2 tapi sampai sekarang tak siap-siap lagi...hurmm,..sabau je la.. jangan time nak raya tak siap lagi sudah.. kena pakai baju lama la pulak nanti..hadoihh..lupakan pasal benda tu nak citer pasal lain.. hari tu aku ade stalker blog sis fyna. dia ade buat review pasal tudung yang dia beli kat facebook. tu dah biasa la kan orang buat review pasal tudung bagai. tapi yang menarik perhatian cik atin ni lagi ialah harga tudung tersebut ialah RM10.. diulang sekali lagi RM10....RM10...RM10...(woit atin, orang tau la..huhu...)..ok kalau nak tau search kat link bawah ni

Satin shawl RM 10 tak termasuk postage.

balik-balik sekolah tengok ade bungkusan dah ade atas katil.. yeaay tudung aku dah sampai.. yahoo..
kecik je..nama pun aku beli sehelai je tudung..hewhew

i love it..i love it..haha,..aku pilih warna turqoise sebab baju raya yang tak siap lagi tu pun warna turqoise..suka dengan bentuk hujung shawl ni,. masa tengok dalam fb tak pkir pun bentuk  die macam ni..lawa sangat. nak kata lebar tu boleh la..dan lagi satu die tak panas.. lembut je masa aku try pakai tadi.. senang nak stylish banyak gaya.. memang menepati citarasa aku la..huhu..(thumbs up)


gambar-gambar kat bawah ni style yang aku gayakan daripada shawl ni. memang senang nak muncung,. tak payah sesusah nak lilin ke, nak spray fabric starch ke hape ke tak payah,, just iron and then you wear it.. 

kan aku cakap senang nak muncungkan..just iron je elok-elok..pastu pakai..

yang penting shawl ni lebar dan boleh dilabuhkan untuk menutup bahagian depan..tu yang pentingnye..

macam-macam style boleh buat dengan shawl ni..style bawal memang senang nak bekerjasama dengan shawl ni..i love it very much...

another things, ramai yang cakap shawl yang jenis satin ni susah nak handle la, licin la, serabut la, hape la.. aku pakai ok je.. tak susah pun nak handle..maybe jenis kain kot.. kain shawl ni memang licin bahagian luar, tapi bahagian dalam tak licin pun..so kalau nak beli satin shawl beli kat Nia Collection.. sekarang tengah buat sale.. so baik korang search laju-laju, order laju-laju, grab laju-laju, hahaha..semuanya laju-laju la.. betul weyh tak tipu..sekarang ni tengah sale..baik cepat sebelum habes.

sekian..selamat berpuasa




Tuesday, July 16, 2013

hello kitty at 7 E

Assalamualaikum..

selamat berpuasa kepada semua umat islam.. rasa dah lama sangat tak update blog ni..kan kan kan?
hehe..curi masa sekejap dari kesibukan buat pbs.. dah la tension tengok result semester kedua stpm...hurghhh.. taknak cakap dah..nanti lagi tension aku dibuatnye..

ok back to the story.. pagi tadi masa perhimpunan tengah cikgu dok cakap-cakap kat depan, aku, ain, mia, hanin dok berborak kat belakang.. dan time tu jugak hanin ade keluarkan satu benda yang memang mencolok mata aku untuk memandang benda alah tu,..(cewahh ayat bm).. dan benda tu ialah CHARM HELLO KITTY.. homaigad.. comel banget.. aku ingatkan die beli..rupanya dapat dari 7 ELEVEN.. dah la aku minat cik kitty kitty tu dari kecik sampai la sekarang...huhu..macam budak-budak la..biarlah dah aku minat nak buat macam mana..hehehe

so nak dijadikan ceritanya pulak..masa pergi bazaar ramadhan nak hantar kuih mak aku..aku pun dengan cepat je melangkah pergi 7E..sebenarnya pergi situ tak tau pun nak beli ape sebab syarat untuk dapat sticker tu pembelian mesti rm5 ke atas dalam satu resit. so aku rembat je coklat cadbury blackforest dengan hazelnut.. memasing harga rm 3.. mahal kot..kat yat foong baru rm 2.40.. beza enam posen tu.. takpe demi hello kitty aku sanggup..



ok..baru kumpul 2 sticker..huhu.. xpe.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit..huhu..semangat berkobar-kobar betul nak kumpul benda ni...huhu

kalau nak tau lagi pergi kat website 7 Eleven hello kitty charm (klik sini)

k..bye...huhu..peace..selamat menjalani ibadah puasa..

Thursday, July 4, 2013

make up special effect

Assalamualaikum..

rasanya dah lama sangat dah aku tak update blog ni. kesian pulak tengok die sorang-sorang tidak berteman..ececeh..mentang-mentang la ko dah isi ruang di hati kau tu kannn..dari status Single ke status Dah Berpunya..bahaha.. lupakan menda alah tu.. nak citer pasal menda lain plak.skunk ni ade la masa sikit kat skola amik kesempatan kejap naik kelas. daripada dengar si sabariah tu memekik kat perhimpunan..menyampah aku, baik aku update blog ni. malas nak dengar suara sumbang die tu.. ade gak pekdah nye kan kan kan..hehe




Amaran: GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY INI ADA UNSUR-UNSUR NGERI DAN AGAK MENAKUTKAN SERTA IANYA ADALAH PALSU. BAGI SIAPA YANG FOBIA DENGAN DARAH.. HARAP MAKLUM DAN JANGAN PULAK PENGSAN LEPAS NI.




benda ni dah lama dah aku buat. time tu lepas abes berwechat dengan kengkawan. lepas abes wechat tu ingat kan nak tidor la. tapi mata ni mengada-ngada pulak tak nak pejam. last-last aku bukak lampu bilik so buat la makeup special effect ni benda ni aku belajar dari youtube dari chanel nadhira izzati. aku ni tak pro pun.. setakat mencuba je, dan tak sangka pulak menjadi. aku ade upload gambar ni kat instagram, facebook dengan wechat. dari feedback yang aku dapat dorang agak takut la tengok tangan aku ni. kiranya make up special effect aku ni menjadi la,,hew hew.. so ni gambar-gambar yang aku amik lepas makeup tu..saksikanlah..














ni hasil karya aku yang tak sehebat gunung everest. tapi dorang cakap seram kalau tengok.. kira menjadik la kan aku buat..haha.. guna sirap je untuk darah tak sangka pulak nampak real giler baq hang..haha..




 yang ni pulak hasil karya kedua.. time ni buat bagi mama tengok.. hehe..mama takut jugak la siap dibelek-belek lagi tangan den yang sememangnya tak mulus halus ni...haha..tu je..sekian terima kasut..haha ayat cik epal..kuikui